Semalam Creative Director Ubisoft Mengeluarkan Post Yang Memberikan Hint Kepada Splinter Cell Baru

Pada 14 May (semalam) creative director Ubisoft ada mengeluarkan satu post di Twitter. Dalam post tu, dia berkata yang dia sedang mengusahakan game baru Splinter Cell yang tak pernah lagi orang dengar pasal khabar angin game ni. Orang yang membuat post tu adalah Julian Gerighty, salah seorang daripada creative director dalam Ubisoft.

Splinter Cell ni, bagi korang yang tak tau adalah game tactical espionage dan mengisahkan protagonist Sam Fisher dalam misi spy dia. Setakat ni dah ada sebanyak 7 game Splinter Cell (latest adalah Blacklist) dan 8 novel. Movie Splinter Cell ni jugak dikatakan dalam development, yang di mana skrip sudah siap dan hanya tinggal untuk start recording di set.

 Kembali pada story tadi, alam post tu jugak dia berkata yang dia sedang mengusahakan game Splinter Cell baru tu dengan dua lagi creative director lain. Kita para gamers tau yang creative director takkan bekerja dalam satu game yang sama. Lagi-lagi company game yang besar, fokus kepada banyak game yang perlu dihasilkan. So kenapa dia cakap macam tu pulak?

Benar Ke Tak?

Selepas beberapa jam dia post gambar tu, dia ada menukar background Twitter dia kepada Splinter Cell (sekarang dah tukar ke The Divison 2 balik). Bertujuan untuk tambah lagi kepercayaan orang terhadap adanya Splinter Cell baru. Ramai gamers yang menyoalkan betul ke dan sebagainya dan setelah banyak retweet, Julian Gerighty pun berkata “ok, tolong jangan retweet, nanti mungkin saya dalam masalah”.

So adakah ini benar atau tidak? Maka jawapannya tidak sebab dah dinafikan oleh pihak Ubisoft sendiri. Setelah ditanya banyak kali tentang kebenaran game tu, pihak Ubisoft terus berkata yang Julian selalu buat hal dia iaitu bergurau (troll orang). Tapi betul ke ni hanyalah troll sahaja? Walaupun baru-baru ni Ubisoft bakal mengeluarkan Ghost Recon Breakpoint, tapi tak semestinya game tu sahaja yang patut keluar kan?

racun-tech-ubisoft-splinter-cell

Samada betul atau tidak, kita hanya boleh berharap yang benda ni betul cuma take time jer. Splinter Cell ni sebenarnya famous dalam kalangan gamers cuma gamenya tak sama hype seperti Metal Gear Solid series. Yang pasti, Ubisoft ada jugak confirmkan yang ada Splinter Cell cuma sekarang diorang sibuk so, keep it classy, stay safe and ciao amigos~

Sumber: PCGamer, Twitter

See Also: Mobile Version Apex Legends On The Way!?, Titanfall 3 Ditunda, Fokus Apex Legends, Piggy-Back Player Di Ban Sementara Dari Apex Legends, A Plague Tale: Innocence Game Dengan Story Menarik

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: