Undur Diri Daripada Exclusives Kalau Steam Turunkan Split Revenue?!

Epic Games Undur Diri Daripada Exclusives Kalau Steam Turunkan 30% Split Revenue Diorang??

Epic Games akan berundur daripada mengambil exclusives dengan segera kalau Steam buang atau turunkan 30% split revenue diorang?? Hello there gais dan kali ni E-jam ada berita hangat untuk korang ni. Berita ni mengutamakan kepada perbalahan antara Steam dan Epic Games yang dah berlangsung dengan lamanya. So seperti yang korang tau, Epic Games Store dan Steam merupakan game store yang menyimpan banyak game untuk pengguna membeli.

Apa Yang Epic Buat Baru-Baru Ni??

So baru-baru ni kita digemparkan dengan berita pasal Epic Games Store mengambil game sana sini sebagai exclusives diorang. Antara game yang telah diambil sebagai exclusives adalah Metro Exodus, Borderlands 3, World War Z dan sebagainya. Baru-baru ni jugak tentang exclusives ni, gamers ramai marah kepada Epic Games Store sebab mengambil game kegemaran diorang sebagai exclusives store diorang.

CEO Epic Games Mula Respond Undur Diri

So dengan kemarahan ramai orang, tercetus lah perbalahan antara dua store ni sejak lama dulu lagi. Tapi sekarang CEO Epic Games Tim Sweeney ada berkata pasal exclusives ni. Dia berkata “Epic Games akan mengundur diri daripada exclusives jika Steam menurunkan 30% split revenue diorang”. Dalam post yang berani dikeluarkan oleh Tim Sweeney tu, ada orang tanya adakah diorang akan compete dengan Steam dengan buat exclusives lagi? Tim pun berkata seperti yang tertera.

So, betul ke yang Epic cakap ni? Adakah diorang akan undur diri daripada exclusives selepas Steam turunkan 30% split revenue diorang seperti Epic jadi 12%? Tim Sweeney berkata 30% revenue split tu adalah nombor satu masalah  bagi game developers, publishers dan semuanya yang bergantung kepada sales sesebuah product tu yang dijual di Steam. 30% tu kira terlalu banyak bagi publishers sebab tu ada yang beralih ke Epic Games Store

Conclusion

Bagi E-jam, tak tau lah Epic ni nak buat seppuku ke apa sebab benda macam ni bukan ke boleh buat Epic Games sendiri turun sales? Yela kalau Steam turunkan, nanti makin banyak game akan masuk ke Steam? Tak tau lah apa yang dirancang oleh Epic Games tapi ada lah something tu kot. Tim Sweeney jugak berharap kalau Steam buat seperti apa yang Tim nak, jadi game store akan jadi tempat di mana semua orang boleh keluarkan game dan pengguna boleh beli dengan mudah. Tim jugak kata maybe Epic Games nak keluarkan game dekat Steam jugak?

Tapi bagi E-jam macam tak je nak turunkan daripada 30% kepada 12% atau rendah? Sebab yela Steam ada banyak feature yang Epic takda macam review system, payment fees, regional pricing, dan sebagainya. Korang pulak rasa macam mana? Patut ke Steam ikut seperti Epic atau stay sahaja? Korang rasa betul ke Epic akan undur diri daripada exclusives kalau Steam turunkan split revenue diorang? Yang pasti, kalau betul turun split revenue tu, game publishers dan Steam terpaksa menjual game dengan harga yang sangat mahal nanti huhu

Keep it classy, and ciao gais.

Sumber: PCGamer, comicbook/wwg

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

  • Author Details
  • Latest Posts


  • author image
    Apr 29, 2019 @ 3:51 am

    Quality posts is the key to be a focus for the visitors to pay a visit the web site, that’s what this website is providing.

[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: