Unifi memberikan #khabarbaik dengan mengumumkan unifi Air, unifi Lite dan myunifi APP!

TM mengumumkan #khabarbaik! bagi pengguna perkhidmatan mereka!

racun-tech-unifi-khabar-baik

TM (Telekom Malaysia Berhad) ataupun jenama utama mereka, Unifi kini membawa #khabarbaik untuk pengguna perkhidmatan mereka! Dengan pengumuman baru-baru ini mengenai usaha Telekom Malaysia Berhad untuk meningkatkan lagi coverage dan kualiti telekomunikasi di Malaysia ini, mereka akhirnya telah membawa, seperti kata oleh mereka iaitu #khabarbaik kepada pengguna Streamyx. Apa yang dikatakan #khabarbaik itu sebenarnya adalah TM memperkenalkan Unifi Air, perkhidmatan jalur lebar yang berkelajuan tinggi wayarles terkini sebagai salah satu daripada pelbagai penyelesaian untuuk mempertingkatkan pengalaman internet para pengguna Streamyx yang tinggal dalam kawasan coverage LTE mereka.

Unifi Air, internet laju walaupun connect dengan banyak peranti sekali gus 

racun-tech-unifi-khabar-baik

Diucapkan pada acara #khabarbaik oleh Moharmustaqeem Mohammed, Pemangku Naib Presiden Eksekutif Unifi, mereka (TM) amat teruja untuk melancarkan Unifi Air kerana ianya menggambarkan komitmen TM dalam membawakan #khabarbaik kepada para pengguna perkhidmatan mereka.

Untuk pengetahuan korang, pelan ini merupakan naiktaraf bagi perkhidmatan Unifi yang tersedia ada, dan ianya ditawarkan serendah RM79 sebulan untuk mempertingkatkan capaian internet rakyat Malaysia.

Untuk Unifi Air pula, adalah modem yang dipasangkan dan guna tanpa wayar (plug-and-play-wireless-modem) yang boleh connect sehingga 64 peranti sekali gus dengan kelajuan purata 20Mps. Pelan terbaru ini direka khusus untuk pengguna Streamyx sedia ada dengan info seperti di bawah:

 

Maka dengan pelan ini, korang tak perlu risau jika ahli keluarga dalam rumah menggunakan internet modem yang sama tetapi risau tentang kelajuannya dengan pelan ini. Harga untuk pelan ini pun murah!

Lite, laju dan murah!

racun-tech-unifi-khabar-baik
racun-tech-unifi-khabar-baik

Tapi jangan risau kepada para pengguna yang berada di luar kawasan fiber coverage perkhidmatan TM, sebab mereka akan memindahkan para pengguna kepada pelan terbaru mereka iaitu Unifi Lite pada harga serendah RM69 sebulan mulai September 2019. Tujuan perlaksanaan ini adalah untuk sementara menunggu pelan perluasan rangkaian mereka untuk dilaksanakan nanti.

Antara manfaat utama pelan perluasan itu adalah untuk menikmati perkhidmatan bantuan sokongan terus ke rumah pengguna secara percuma dalam tempoh 2 jam bermula di 5 kawasan iaitu Shah Alam, Bangsar, Pantai Dalam, Johor Bharu, Butterworth dan Georgetown bermula Oktober 2019 nanti.

MyUnifi app semua dalam satu!

racun-tech-unifi-khabar-baik
Safiyya Rusli, Head of Digital, unifi, menjelaskan feature myunifi App
racun-tech-unifi-khabar-baik

Unifi turut mengumumkan sebuah app “semua dalam satu” yang baharu iaitu MyUnifi, yang bertujuan memberikan pengalaman lebih mudah untuk pengguna menguruskan akaun mereka. App ini menawarkan pelbagai feature seperti pemasangan 24-jam, bantuan sokongan secara ‘live chat’ 24-jam, jaminan kehadiran dan kemudahan pembayaran yang lebih mudah.

Sebagai penambahan, app ini juga dipertingkatkan dengan ‘digitalme’, ID digital dengan ciri safety untuk memudahkan urusan log in dan bukan untuk app ini sahaja, tetapi untuk laman web rasmi mereka dan tak lama lagi, untuk app lain juga. App ini pengguna boleh download di digital store seperti Google Playstore dan Apple Appstore. Senang kerja korang dengan app ini.

So, adakah korang merupakan salah seorang pengguna jenama ini? Jika ya, adakah ianya sesuai dengan kehidupan harian korang? Apa-apa pun gaming on!

Untuk maklumat lanjut, boleh terus layari laman web rasmi TM

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: