Unplugged Gaming, event yang sangat santai!

racun-tech-unplugged-gaming-2019
racun-tech-unplugged-gaming-2019

ASUS dan Cooler Master telah membuat satu event pada 2-4 August iaitu WiFiparty Unplugged Gaming. Tetapi kenapa namanya Unplugged Gaming? Kita akan masuk kepada itu kemudian. Untuk memulakan cerita mengenai event ini, ahli kami yang pergi ke sana iaitu E-jam, Ahnaf dan Azran yang telah pergi ke sana dan merasai Wifiparty anjuran ASUS dan Cooler Master ini.

Di sana telah diadakan banyak aktiviti yang tersedia ada contohnya teka nama seseorang itu, makan maggi goreng pedas dengan cepat dan sebagainya. Seperti kebanyakan WiFiparty, kebiasaan event ini adalah bersantai ataupun berehat sambil gaming atau berbual dengan kenalan lain di event ini. Seramai 80+ orang dari seluruh Malaysia telah hadirkan diri dalam event “once a year” ini.

Dalam event ini jugak ada lucky draw dan memang sangat lumayan hadiah yang disediakan oleh pihak ASUS dan Cooler Master. Antara hadiah lumayan yang kami dapat adalah Bomber Jacket ROG dan Strix Gaming Set. Malangnya kami tak dapatkan hadiah paling lumayan iaitu ROG Strix RTX 2070 Super itu huhu.

racun-tech-unplugged-gaming-2019

Tak memakai wayar LAN? No problem!

racun-tech-rog-rapture-gt-ax-11000

Tetapi bukan itu sahaja sebenarnya, antara tujuan utama event ini adalah untuk menguji keupayaan sesuatu produk daripada ASUS itu sendiri. Produk itu adalah ROG Rapture GT-AX11000 WiFi Router. Mesh WiFi router ini digunakan untuk menguji kemampuan kelajuan internet apabila dipakai oleh seramai 80+ gamer dalam masa yang serentak. Sebab itu nama event ini “Unplugged Gaming”, sebab, ianya menggunakan mesh WiFi router daripada menggunakan LAN cable, kebiasaan LANparty yang kita tahu selama ini dan kali ini menggunakan ROG Rapture GTAX11000 Mesh WiFi Router ini.

Untuk pengetahuan korang, AX11000 Tri-band WiFi Gaming Router ini adalah produk pertama dalam dunia untuk mempunyai 10 Gigabit WiFi router bersama quaad core processor, 2.5G gaming port, DFS band, WTFast, Adaptive QoS, AiMesh untuk mesh WiFi system dan Ai Protection network security.

racun-tech-unplugged-gaming-2019
racun-tech-unplugged-gaming-2019

Dengan menggunakan mesh WiFi router ini, satu tempat dalam event Unplugged Gaming itu mendapat internet coverage dan mampu main game secara 80+ orang serentak. Sebab itu ianya dipanggil Whole Home WiFi Router.

Tetapi malangnya masih ada kekurangan pada WiFi Router ini. Walaupun ianya laju, tetapi apabila digunakan secara ramai, masih terdapat spike pada internet dan mengganggu gameplay dengan internet connection yang lag. Tetapi melalui ujian ini, terbukti yang Wi-Fi router kini semakin maju dan pada suatu hari nanti ada potensi untuk membesar dan digunakan secara besar-besaran.

Jika korang ingin tengok gelagat dan suasana di event Unplugged Gaming, boleh tengok di post oleh ASUS ROG Malaysia! Thank you ASUSxCooler Master untuk event Unplugged Gaming ini!

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: