Hi guys, ni bro e-jam dan bro nak bagitau pasal PUBG ada update baru haaa. Eh? Bukan, bukan PUBG Mobile eh ni untuk console Xbox One dan PC punya sahaja. Okay sambung kepada cerita tadi, baru-baru ni map Vikendi dah diberikan banyak perhatian sebab map yang luas, banyak penambahan baru dan banyak lagi lah.

Siapa yang main PUBG Mobile tau lah update ni daripada bro cerita hari tu macam mana en, so kita bagi chance lak kat PC dan Xbox One user pulak hehe. Untuk update terbaru ni ada Snowbikes yang di mana Snowbike ni gantikan Motorcycle yang ada tu dan Snowbikes ni ada risikonya walaupun laju dalam map ni tapi senang meletup tau. Laju tu laju jugak tapi hati-hati okay guys hehe.

 

Bukan tu je ada, ada update weather baru iaitu Moonlight. Moonlight ni berlaku waktu malam dan cantik weh serious dengan aurora lagi kalau dapat tengok aurora tu sambil naik Snowbike tanpa ditembak lagi best kot huhu. Selain tu, weapon baru akan ditambah jugak lah dalam Map Vikendi ni.

Okay so, weapon baru yang bro sebut tu adalah SMG 9mm PP-19 Bizon yang merupakan exclusive untuk Map Erangel dan Vikendi. Satu scope baru akan ditambah sekali alang-alang penambahan Bizon ni  iaitu Canted Sight yang digunakan untuk weapon yang ada secondary slot scope. Scope ni sesuai untuk weapon:

  • AR – Beryl M762, AKM, AUG, M416, Mutant, QBZ, SCAR-L, G36C
  • DMR – SLR, Mini14, Mk14, QBU, SKS
  • SR – AWM, M24, Kar98k
  • SMG – UMP, Vector, Bizon
  • Shotgun – S12K
  • LMG – M249

Beberapa penambahbaikan pun dah dibuat untuk bugs, kesan tapak kaki dekat salji jugak dikurangkan bagi buat perfomance game korang jadi better, sedikit perubahan dekat UI dan UX dan last sekali iaitu BattleStat skin baru yang merekod berapa player yang dibunuh. So tunggu apa lagi guys? Yang belum dapat merasa jom kita jumpa dalam PUBG okay Winner Winner Chicken Dinner Guys.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: