Update Untuk MediEvil Remastered Katanya Akan Hadir Pada Seminggu Dua Lagi?!

Siapa tahu game MediEvil? Rasanya, kebanyakan mereka yang mempunyai PlayStation 1 dan juga pernah bermain PlayStation 1, mesti tahu akan game MediEvil ni. Merupakan game tentang Sir Daniel, ianya game hack and slash yang terawal yang pernah dibangunkan pada tahun 1998, dan akhir sekali, pada tahun 2005 dan game tersebut di namakan MediEvil: Resurrection. Kali ini, dengar-dengar mereka nak buat remake untuk game MediEvil ni, betul ke? Haaa, nak tahu betul atau tidak, korang boleh teruskan dengan membaca artikel ni.

Pada minggu depan atau minggu satu lagi, katanya Sony Interactive Entertainment akan berkongsi kepada semua tentang update untuk game MediEvil Remastered yang di umumkan semasa PlayStation Experience 2017. Ianya disebut sendiri oleh PlayStation Social Media Director, Sid Shuman semasa PlayStation Blogcast, baru-baru ini. Perincian yang abam tahu buat masa ini adalah, game tersebut akan boleh dimainkan secara resolusi 4K.

Buat masa ini, hanya itu sahaja info yang abam boleh dapatkan, apa-apa pun, kita tunggu dan lihat je nanti. Mungkin, ianya selari dengan Halloween dan juga mungkin mereka bercadang untuk Remastered kedua-dua game tersebut. Jom, kita layan video teaser dari pihak Sony, untuk Remastered game MediEvil ni:

[yotuwp type=”videos” id=”GMSI7nS2z-g” column=”1″ per_page=”1″ description=”off”]



Leave a Comment

Scroll to Top