Valve nak bina Headset VR sendiri??



Sis dapat khabar yang Valve nak keluarkan Headset VR sendiri, betul ke? Terdapat pendedahan imej di Imgur yang menunjukkan alat dengar VR dengan logo Valve di papan litar.

Berdasarkan UploadVR, ia adalah satu projek Valve yang dibina. Alat VR ini dikhabarkan mempunyai 135 degree untuk view field. Dapat dibandingkan dengan headset Oculus Rift, HTC Vive dan Vive Pro yang mempunyai 110 degree view field, manakala PlayStation VR mempunyai 100 degree.

Dengan itu, headset VR Valve dijangka akan datang dengan kualiti paparan yang sebiji dengan HTC Vive Pro yang paparannya adalah AMOLED dengan resolusi 2880 x 1600. Imej yang didedahkan itu terdapat dua kamera di bahagian depan dan mungkin akan digunakan untuk membantu mengesan beberapa motion. Terdapat juga headphones.

Di samping itu, Valve telah menjadi rakan kongsi bersama HTC untuk Vive on Steam untuk membangunkan teknologi VR untuk permainan dengan SteamVR Tracking mereka. Valve telah mencipta dan mengeluarkan hardware mereka sebelum ini, seperti Steam Link atau Steam Controller. Penglibatan Valve dalam menyediakan alat VR ini sangat bermakna bagi mereka untuk menyelidiki lebih banyak hardware dalam bisnes.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top