Watch Dogs Legion, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!

Watch Dogs Legion Membolehkan Korang Menggunakan Mana-Mana Character

Watch Dogs Legion merupakan salah satu game yang telah didedahkan di E3 pada 12 June. Untuk pengetahuan korang, Watch Dogs Legion ni merupakan game ketiga dalam siri Watch Dogs keluaran Ubisoft tetapi macam game sebelum ni, game ni takda kesinambungan daripada game sebelumnya. So ayuh lah kita menuju ke dalam game ni gais.

So seperti trailer yang telah ditunjukkan di atas, game ni telah set pada post-Brexit dystopian di London. Dystopian bermaksud sesuatu tempat yang menggerunkan atau tak diingini. Senang cerita Dystopian adalah satu setting tempat yang di mana satu bandar atau pekan ditakluki oleh satu kerajaan yang jahat dan sebagainya. So dalam game ni korang akan jadi semua orang. 

racun-tech-watch-dogs-legion-london

Plot Watch Dogs Legion

Dalam masa depan dystopian ni, kerajaan dah semakin teruk, gangster makin berleluasa dan sekarang kerajaan semakin bergantung kepada penggunaan Drone. Kebanyakan police sudah digantikan dengan penggunaan drone dan ramai telah ditindas dengan system baru London ni. Albion, sebuah syarikat security baharu ni telah mendapat pengaruh besar dalam bandar London. Selain tu, Blume, merupakan sebuah syarikat tech yang jahat jugak masih mengekalkan kewujudan diorang (sebelum ni jugak diorang ada dalam kedua-dua game Watch Dogs 1&2).

So korang, sebagai agent DedSec akan rekrut orang yang berkebolehan tinggi untuk melawan balik diorang ni.

racun-tech-helen-watch-dogs-legion

Boleh Jadi Siapa-Siapa Sahaja Dan Ada PermaDeath??

Yes, tak tipu, korang boleh jadi sesiapa sahaja dalam game terbaru Ubisoft ni. Dalam Watch Dogs Legion ni, tiada istilah “main protagonist” digunakan digunakan. Korang akan mempunyai kebolehan untuk bertukar character yang telah korang recruit ke dalam kumpulan Dedsec dalam game ni nanti. Daripada seorang nenek yang merupakan bekas pembunuh upahan, sehingga lah hacker drone, korang boleh bertukar-tukar character yang mempunyai pelbagai skill set berbeza.

Game ni mempunyai 3 class yang berbeza iaitu Infiltrator, Hacker dan Enforcer. Seperti nenek yang dalam trailer korang dapat lihat tadi adalah merupakan salah seorang class Hacker. Hacker adalah seorang yang menggunakan stealth dalam mission diorang, tapi lebih suka kalau pakai drone untuk buat mission diorang. Infiltrator merupakan seorang yang fokus kepada stealth mission, mempunyai skill melee yang lebih banyak, dan ada teknologi AR Cloak yang membuatkan korang halimunan. Enforcer pulak jenis yang suka menggunakan kekerasan dalam mission diorang dan boleh menggunakan bahan letupan untuk membantu diorang.

Tapi hati-hati gais, dalam game ni diorang mengamalkan system PermaDeath. PermaDeath atau “Permanent Death” adalah satu system di mana, mana-mana character yang mati, akan kekal mati dan tiada do-over atau ulang semula. So bila character yang korang pakai mati, dia akan serta merta tak boleh dimainkan semula so kalau korang ada character favourite, jangan lupa berhati-hati ye?

So gais, korang hype tak untuk game terbaru Ubisoft ni? Dalam pendapat sendiri, game ni ada potential jadi best cuma tak pasti macam mana diorang nak menjayakan system tiada “main protagonist” ni. Nak tau jugak jalan cerita game ni macam mana nanti. Watch Dogs Legion akan keluar untuk PC, PS4, Xbox One dan Google Stadia pada 6 March 2020. Apa-apa pun keep it cool, stay safe dan ciao gais~

Sumber: PCGamer

See Also: Death Stranding Sudah Keluar Trailer dan Release Date!, Huawei Banned Daripada Menggunakan Service Google Play, Peminat Lebih Menyukai Call Of Duty: Modern Warfare Berbanding Yang Lain, Tips Membeli Gaming Mouse Yang Awesome!,Call Of Duty: Modern Warfare Trailer/ Akan Tiba 25 November!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: