Rasai pengalaman Zombieland 2: Double Tap dalam adaptasi video game!

Trailer Zombieland 2: Double Tap baru sahaja dikeluarkan pada minggu ini tetapi sekarang dah dengar khabar tentang adaptasi movie ini kepada video game. Movie yang bakal keluar pada 18 October ini nanti dikatakan akan ada adaptasi video gamenya sendiri yang digelar sebagai Zombieland Double Tap: Road Trip.

Berita bocor ini asalnya adalah daripada website Australia Video Game Classification yang memberikan rating game ini melalui laman web mereka. Melalui rating yang diberikan kepada adaptasi game Zombieland 2 di laman web Australia tersebut, game ini diberikan rating M dan game ini mempunyai GameMill Entertainment sebagai developer dan Maximum Games sebagai publisher atau penerbitnya.

Platform mana game ini akan tiba?

racun-tech-zombieland-2-double-tap

Itu adalah rating, maka kita masuk pula kepada platformnya. Platform untuk game ini dikatakan adalah multi-platform so kemungkinan besar game ini akan muncul di console generasi kini iaitu PS4, Xbox One, PC dan Nintendo Switch.

Bagi mereka yang tidak tahu, GameMill Entertainment adalah team developer yang terkenal dengan game mereka iaitu Cartoon Network Battle Chasers, Goosebumps: The Game, Nickelodeon Kart Racers, dan American Ninja Warrior Challenge. Walaupun developer ini terkenal dengan game yang berlesen, tetapi developer ini jugak mempunya game yang biasa-biasa sahaja so ramai peminat mungkin akan kecewa dengan game Zombieland 2 ini nanti (tapi tidak pasti game ini macam mana lagi).

Tarikh keluar game ini masih tidak diketahui tetapi jika keluar serentak dengan keluarnya movie Zombieland 2 iaitu pada 18 October maka kita mungkin bakal mendapat pengumuman mengenai game ini.

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: