Jack Black, seorang artis ada status legendary dalam pop culture, telah melancarkan channel gamingnya tersendiri, Jablinski Games.
Pada 21 Disember 2018, sebuah video telah dilancarkan di channel tersebut bertajuk "Hello, Jack Black Here." Video itu hanyalah 28 saat tapi boleh mencecah 4 juta views dalam masa seminggu. Untuk seorang Youtuber, ia satu pencapaian yang besar. Namun, Jack Black merupakan seorang artis terkenal, faktor itu banyak membantu memviralkan video tersebut. Walaubagaimanapun, 4 juta masih mengagumkan.
Video tersebut hanyalah Jack Black mengumumkan tentang kewujudan channel tersebut. Ia hanya 28 saat, hanya sebuah pengumuman cukup untuk diisi dalam jangka masa tersebut. Walaupun sesingkat itu, terdapat beberapa butiran yang menarik terdapat dalam video itu.
Lebih Besar Daripada Pewdiepie Dan Ninja
Beliau berkata dalam video tersebut "Channel ini akan jadi lebih besar daripada Ninja," dan "...ia juga akan jadi lebih besar daripada Pewdiepie." Untuk sedia maklum, Ninja merupakan antara streamer terbesar di laman web Twitch.tv dimana kerjayanya meletup disebabkan game Fortnite. Di samping itu, Pewdiepie pula merupakan Youtuber #1 seluruh dunia dengan subscriber yang sedang menuju ke 80 juta. Dengan personaliti dan lawak seperti Jack Black, saya percaya beliau akan semestinya dapat mengatasi Ninja.
Untuk mengatasi Pewdiepie pula... Jack Black perlu usaha lebih sedikit. 80 juta bukan sedikit. Walaupun begitu, Pewdiepie tidak lagi aktif dalam bermain game. Oleh itu, Jack Black mampu mengisi kekosongan dalam pasaran yang sudah lama usang sejak Pewdiepie menumpukan channelnya kepada Review dan penyampaian berita. Tetapi kerusi Gaming Pewdiepie yang Jack Black menggunakan dalam video tersebut memberi tanggapan yang beliau betul-betul bersemangat dengan channelnya ini.
Pewdiepie juga sempat memberi komennya tentang keputusan Jack Black untuk menjadi Youtuber.
Jangan risau, ia hanyalah gurauan sarkastik daripada Pewdiepie.
Anaknya Sendiri Yang Mengendalikan Channel
Dalam description video tersebut, terdapat link kepada beberapa account Instagram. Selain daripada account beliau, terdapat juga link kepada account milik anaknya. Anaknya juga dikreditkan sebagai penghasil video tersebut. Perkara ini tidak beberapa jelas dan komen gurauan yang diberi oleh Jablinski Games sendiri juga tidak membantu.
Walaubagaimanapun, sekiranya betul anaknya yang mengendalikan channel tersebut tidak menjadi apa-apa masalah. Saya rasa sebuah channel berasaskan keluarga agak menarik. Ini memberi ruang kepada keluarga beliau untuk memilih content yang ingin disiarkan tanpa apa-apa unsur komersial daripada syarikat besar. Lebih kepada mereka berseronok daripada mereka ingin mendapat pendapatan seperti kebanyakan channel Youtube yang popular pada masa sekarang.
7 hari kemudian, Jack Black post sebuah video mengenai kejayaannya mencapai 1 juta subscriber (pada waktu rakaman tersebut). Walaupun beliau janji akan post video setiap Jumaat, masih tiada video yang berkaitan dengan Gaming. Namun, video tersebut juga berjaya mendapat lebih 7 juta views.