Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Jul 2024

Apa Itu GPU Seriously?

Graphics Processing Unit atau GPU adalah salah satu komponen penting di dalam dunia teknologi bagi kegunaan seharian terutamanya bagi PC. Dibina untuk ‘parallel processing’, ia digunakan untuk pelbagai tugasan seperti membuat graphic dan video rendering. Walaupun GPU popular kerana banyak digunakan untuk gaming, ia juga semakin banyak digunakan untuk produksi kreatif dan artificial intelligence (AI). Fungsi pada awalnya adalah untuk accelerate rendering 3D graphics. Kini, komponen ini semakin fleksibel dan boleh diprogram sekaligus meningkatkan kapabiliti mereka. Ini membenarkan programmer untuk membuat lebih banyak visual effect yang menarik dan dapat membuat scenes yang lebih realistik dengan penggunaan teknik cahaya dan teknik bayang.

GPU & CPU
GPU kebiasaannya digunakan bagi melengkapi Central Processing Unit (CPU). Kegunaan CPU adalah untuk memberi performance melalui architectural innovations, faster clock speeds dan penambahan cores. GPU pula direka khas untuk mempercepatkan computer graphics workload.

GPU vs Graphics Card - Ada beza ke?
Keduanya selalu dilihat sebagai satu benda yang sama tetapi terdapat perbezaan ketara antara keduanya. Seperti Motherboard yang mempunyai CPI, graphics card merujuk kepada add-in board yang incorporate GPU. Board ini juga mempunyai raft of components yang diperlukan untuk membolehkan GPU berfungsi dan boleh berhubung dengan system. GPU mempunyai dua jenis iaitu integrated dan discrete. Untuk integrated, ia tidak mempunyai card tersendiri dan di embedded bersama CPU. Majoriti yang terdapat di dalam pasaran ketika ini adalah integrated graphics. Manakala bagi discrete ada chip tersendiri yang di mount pada circuit board tersendiri dan selalunya di attach pada PCI Express Slot.

CPU yang mempunyai integrated GPU di motherboardnya membolehkan system yang lebih nipis dan ringan, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan jumlah keseluruhan system. Intel® Graphics Technology, yang mempunyai Intel® Arc™ dan Intel® Iris® Xe graphics, adalah salah satu contoh teknologi integrated graphics. Banyak aplikasi boleh ‘run’/berjalan seperti biasa dengan integrated GPUs tetapi untuk aplikasi yang memerlukan performance yang lebih tinggi, discrete GPU lebih sesuai untuk system tersebut. Discrete GPU menambah kadar penggunaan tenaga dan melepaskan haba yang banyak. Oleh itu mereka memerlukan system cooling yang tersendiri untuk performance yang lebih maksimum.

GPUs untuk Gaming
Video games kini telah banyak berubah dari game yang dulu. Dengan grafik yang lebih hyperrealistic, vast dan in-game worlds yang lebih luas dan intensive, teknologi display yang lebih advance diperlukan seperti 4K screens dan ‘high refresh rates’. Oleh itu, GPU kini lebih banyak diperlukan bagi memenuhi keperluan gaming industry di atas kemampuannya untuk render graphis dalam 2D dan 3D. Dengan grafik yang lebih bagus, games juga boleh dimainkan pada resolution yang lebih tinggi dan dengan ‘faster frame rates’.

GPUs untuk Video Editing dan Content Creation
Setelah sekian lama video editors, graphic designers dan creative professionals yang lain telah bersusah payah untuk render creative projek mereka yang memakan masa yang lama. Kini, komponen ini telah memudahkan proses mereka untuk render video dan graphics pada higher-definition/mutu yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, GPU kini telah banyak digunakan secara meluas bukan sahaja bagi PC biasa atau PC Gaming tetapi untuk pelbagai bidang juga seperti bagi creative contents project, AI atau deep learning, data center dan banyak lagi. Kebolehan komponen ini memang sesuatu ciptaan teknologi yang menakjubkan yang telah membolehkan kita menghasilkan lebih banyak perkara hebat dan semestinya, membolehkan Kita Gamers untuk main game dengan lebih best!

Di RacunTech, terdapat beberapa jenama GPU yang boleh didapati seperti jenama AFOX, ARKTEK, ASUS, GALAX, GIGABYTE, MANLI, OCPC, PNY dan ZOTAC. Kesemua jenama-jenama tersebut boleh didapati di RacunTech samada di website www.racuntech.com ataupun boleh didapati di mana-mana cawangan RacunTech seperti RacunTech Setia Alam, Cheras, Bangi dan Penang.

Komponen-komponen ini juga ada dijual di Aftershock Malaysia dan Idealtech.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komponen ini, boleh baca article bahasa English yang terdapat di website Intel di link berikut: https://www.intel.com/content/www/us/en/products/docs/processors/what-is-a-gpu



Written by Sahrul Hazanil
# GPU