Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Apakah Perbezaan Antara Monitor Panel IPS Vs TN Vs VA? Yang Mana Paling Best Untuk Gaming?

Mesti korang dah pilih segala barang-barang untuk bina PC mengikut korang punya citarasa. Kini. selepas bina PC semuanya, mestilah kena ada monitor juga. Tapi untuk monitor pun, ada banyak pilihan. Bergantung pada penggunaan anda, setiap pemilihan monitor mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Paling terbaik adalah pilih monitor yang boleh dipakai selama bertahun-tahun atau tahan lama.

Dibawah ini beberapa jenis monitor panel yang boleh korang ketahui terutamnya untuk gaming;

TN (Twisted Nematic) panel

  • Monitor yang biasa digunakan dan mesra bajet untuk pengguna.
  • Menawarkan masa tindak balas yang paling cepat serendah 1ms. Masa tindak balas yang rendah sesuai untuk main video games yang kompetitif dan terutamanya untuk esports.
  • Mempunyai kadar refresh yang tertinggi berbanding dengan semua jenis panel sehingga mencapai 240Hz. Sesuai untuk main games yang kompetitif seperti CS: GO dan Overwatch.
Keburukan;
  •  Mempunyai color accuracy yang teruk dan viewing angles mana-mana panel yang ada.
  • Tidak sesuai untuk buat kerja-kerja graphic design atau photo editing.

IPS (In-Plane Switching) panel

  • Satu pilihan mewah yang paling biasa untuk penguna.
  • Mempunyai color reproduction yang hebat, viewing angles yang lebih baik.
  • Menawarkan masa tindak balas yang cepat serendah 4 ms.
  • Mempunyai kadar refresh yang tinggi sehingga 120Hz.
  • Sesuai digunakan untuk visual quality dan sesuai untuk buat kerja-kerja graphic design atau photo editing.
Terdapat beberapa variasi yang dibuat oleh pengeluar panel lain termasuk PLS Samsung (Switching Plane-to-Line) dan AUVA's AHVA (Advanced Hyper-Viewing Angle). Terdapat juga varian IPS yang lebih murah (misalnya, E-IPS) yan menggunakan warna 6-bit ditambah FRC (Frame Rate Control) yang tidak menawarkan kualiti yang sama dengan panel IPS yang lebih baik.

VA (Vertical Alignment) panel

  • Sesuai untuk pengguna yang medium. Dihasilkan dalam cara yang sama dengan TN panel, tapi mempunyai beberapa penambahbaikan dalam visual quality.
  • Direka untuk menghalang cahaya yang berlebihan daripada backlight yang menampakkan sesuatu gambar mempunyai kadar kontra yang tinggi.
  •  Menawarkan viewing angles yang lebih baik daripada TN tapi tak sebaik IPS.
  • Mempunyai kadar refresh yang kelajuannya hampir 200Hz dengan masa respons tahap IPS (4ms).
  • High-End VA monitor kelihatan lebih baik daripada paparan low-end.

Antara 3 jenis panel, yang mana paling terbaik untuk dipilih?

Pengguna mestilah pilih monitor yang sesuai dengan penggunaan masing-masing. Jika korang mahu beli monitor yang mesra bajet, korang boleh pilih TN panel. TN panel merupakan pilihan yang baik sekiranya korang banyak gunakan untuk esports atau twitch-based shooters. Cumanya, masa tindak balas yang lebih rendah dan kadar refresh yang tinggi ini mempunyai harga yang lebih. Harga TN panel biasanya lebih mahal daripada IPS bajet.

Sekiranya korang mahu untuk photo editing atau graphic design, korang bleh pilih IPS dan harganya lebih maal. Tapi dari viewing angles sangat baik dan color accuracy juga terbaik daripada panel lain.

Kebiasaannya, masa tindak balas tidaklah sebaik yang diiklankan, bergantung pada hasil dalaman yang terbaik.  tapi ia boleh keluarkan results yang bagus. Jadi, pilihlah yang terbaik mengikut bajet, buat survey dan tengok reviews yang paling baik, barulah buat keputusan yang mana patut anda pilih.


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





Written by RT Admin