Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 16 Apr 2024

Cara Menggunakan Google Dengan Betul

Korang tahu google, tapi macam mana nak google dengan betul?

Kalau orang dulu-dulu sebelum ade google, nak cari ilmu kene pergi perpustakaan. Sekarang ni apa-apa yang korang tak tahu, korang boleh google je sebenarnye. Insyaallah boleh dapat jawapan. Sangatlah rugi kalau korang masih lagi tidak menguasai seni meng-google dengan betul. So hari ni kitorang nak share macam mane cara menggunakan Google dengan betul.  

Carian Definisi Sesuatu Perkataan

Kalau korang tak faham sesuatu perkataan, contoh kawan korang dok sebut-sebut 'bluetooth'. Kalau penterjemahan secara langsung ia akan menjadi gigi biru. So korang ingat eh, definisi bluetooth ni gigibiru ke? Ok, sebelum korang kena kecam ngan kawan korang, baik korang google dulu. Caranya adalah dengan menaip: Define bluetooth barulah korang akan dapat defini yang tepat.  

Terjemahan Perkataan

Okay, kalau definisi tu biasanya google akan menerangkan perkataan yang korang cari tu menggunakan bahasa inggeris. Kalau korang nak minta google translate ke bahasa lain, korang kene guna alat penterjemahan google. Contohnya, kalau korang nak tahu terjemahan perkataan 'komputer' ke bahasa jepun. Korang boleh pergi ke alat penterjemahan google. Korang

terjemahan perkataan computer ke bahasa jepun menggunakan google translate

 

Kalkulator

Kalau korang nak kira harga-harga komponen komputer yang korang nak beli. Korang tak perlu pening-pening. Korang type je  520+259 macam kat gamba bawah ni. Nanti terus keluar jawapan.   google kalkulator Korang juga boleh terus menaip 520+259 di ruang alamat/ruangan url seperti di bawah: chrome browser address bar  

Carian Frasa Tepat

Kalau korang nak cari maklumat tentang sesuatu dan korang nak hanya frasa tertentu sahaja yang berada dalam carian. Korang boleh menggunakan 'quotation mark' seperti: "intel i5 8400". Dengan menggunakan cara ini sepatutnya google akan menunjukkan carian yang lebih tepat berbanding carian tanpa quotation mark iaitu hanya dengan menaip: intel i5 8400   carian i5 8400 tanpa quotation mark

Carian Frasa Tepat Vol 2.

Jika korang mahu keputusan yang lebih tepat lagi. Korang juga boleh menggunakan tanda minus ataupun"-" sebelum sesuatu perkataan. Contoh, korang masih lagi ingin mencari maklumat tentang "intel i5 8400"  akan tetapi korang tak nak tengok result yang mengandungi perkataan lelong atau mana-mana kedai atas talian. Korang boleh menaip "intel i5 8400" -amazon -lelong -shopee.   Dengan menaip begini, korang tak akan dapat melihat langsung keputusan carian dari kedai-kedai atas talian yang korang dah kecualikan tadi.   Barang siapa pada tahun 2018 ni masih lagi tak reti meng-google, dia ialah insan yang sgt rugi.  

Written by Aisyah Amir
# TIPS