Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

#RacunTips Cara Mendarat Terbaik Dalam Apex Legends

Sudah seminggu sejak hari release Apex Legends, dan mereka berjaya mendapatkan 25 juta players bermain. Disebabkan game ini masih baru, banyak sangat benda yang masih ramai tak tahu nak buat apabila bermula satu match. Mari aku bagi sikit tips untuk korang.

Pertama sekali yang perlu diingat, map Apex Legends ni besar tapi ia masih terkawal. Setiap bahagian map tidak rasa kosong dan useless sekiranya engkau land di sesuatu tempat. Kalau kosong pun, mesti ada loot ataupun bandar berdekatan dengannya. So... kat mana patut start mendarat? Jawapannya simple: Semua sesuai. Cuma ikut apa style main match time tu. Kalo nak survive dapat gelaran champion, tengok semua orang menghala ke mana. Pastu pegi ke arah lain. Tapi kalo korang macam aku yang nak terus lawan, pegi je mana-mana ada orang. Kalo mati, main match baru. Kalo survive, good for you.


Soalan seterusnya pulak, apakah cara paling terbaik semasa menjunam? Kalo dekat dengan are ko jatuh, straight je la ke bawah. Yang menariknya ialah kalo ko nak turun tempat yang jauh. Yang tu kene faham sains sikit. Keywordnya ialah momentum. Sekiranya korang tunggu airship bergerak dekat sikit dengan destinasi korang pastu baru lompat, time tu ramai squad lain dah dapat weapon dan korang masih tercari-cari lagi. Apa yang korang kene buat ialah turun seawal yang mungkin. Timing turun tu berubah setiap match sebab airship start dekat tempat yang berbeza. Kalo dah turun tu, kene main turun naik. Basically kene turun straight je macam biasa. Time korang jatuh, ada display kelajuan korang. Kalo dia mencecah 140, korang glide. Bila dah slow balik, menjunam semula. Pastu dah laju balik, glide lagi. Ulang sampai pijak tanah.

Satu lagi tip nak dikongsikan. Sekiranya bila turun tu dekat dengan gunung, elakkan daripada terband atas bahagian lapang gunung tersebut. Ini sebab bila korang dah dekat dengan tanah yang flat, korang akan automatik brek sebelum landing. So time tu ko akan slow dan membuang masa.


Aku juga sarankan korang jangan terlalu terikat dengan nak jadi nombor 1. Try macam-macam cara dalam game ni. Kebiasaannya orang akan cari tempat tersorok dan tunggu sampai bulatan jadi kecik. Tapi kalo macam tu korang bukan lagi main game FPS, tapi main game menunggu. Better korang main agresif. Kalo mati, find match baru dan try benda lain. Aku bagitau la, moment palgin intense aku pernah main dalam game ni ialah bila early game 2 member ko dah down lawan squad lain. Squad enemy tu pun dah tinggal sorang. Semua takde peluru. Last resort main tumbuk-tumbuk sambil elak diorang. Time tu semua harapan member korang tinggal kat ko je. Adrenalin mula naik. Suspense giler. Dapat je kene tumbukan maut korang, member korang sorak nama korang. Itulah benda paling satisfying dalam sesuatu game. Bukan gelaran champion ataupun tingkat teratas, tetapi ialah moment yang korang share dengan kengkawan.

Apex Legends kalo nak main padu, PC pun kene padu. Kalo korang nak yang berbaloi, Racun Tech sedia membantu anda memenuhi impian korang main game  tanpa risau lag.


Written by RT Admin