Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Controller Untuk PC Gaming Yang Paling Terbaik!

Biasanya kita hanya tahu pilih yang terbaik untuk mouse dan keyboard je untuk PC gaming. Tapi ada lagi tau yang boleh dipakai untuk main di PC gaming. Tahu tak apa? Of course lah CONTROLLER. Ada permainan yang sebenarnya lagi sesuai dimainkan dengan controller.

Kini, makin banyak permainan di konsol yang sedang dibina untuk adakan ke PC, jadi, tidak menjadi masalah main guna controller di PC, kan? Tapi apa yang membuatkan controller PC gaming jadi yang terbaik? Okay, dekat bawah ni sis dah kumpul-kumpul info tentang controller yang terbaik dan sesuai untuk PC gaming yang telah diuji oleh beberapa pakar gaming. Controller yang diuji seperti DualShock 4, Xbox 360 controller, setiap versi Xbox One ada controller dan beberapa PC pads yang telah dipilih. Semua ini adalah PC gaming controller yang paling baik yang dipilih dari segi keselesaan, kawalan, dan bagaimana ia boleh compatible dengan PC gaming.


1. Microsoft Xbox Elite Wireless Controller (Controller mewah yang paling terbaik)


Weight: .85 lbs (348g +/- 15g)/ Connectivity: Bluetooth/ Battery: 2x AA (included)

Kelebihan: Mudah untuk tukar komponen, mempunyai companion software yang kuat untuk mapping, support Bluetooth.

Keburukan: Harga yang 3 kali ganda mahal daripada harga gamepad biasa.

Xbox Elite Controller sesuai untuk mereka yang mempunyai PC yang cantik dan bergaya, yang mempunyai Swedish headphones yang dibuat daripada gelas vulkanik. Dengan gabungan ini, ia nampak lebih mewah dan menarik. Controller ini sangat kukuh dan boleh dikonfigurasikan. Ia juga jenis yang wireless dan senang dimain dimana-mana.

Tapi, maybe ia tidak sesuai untuk pemain yang tangannya bersaiz kecil kerana mempunyau button yang besar dan controller ini bersaiz lebar. Harganya juga lebih tinggi daripada gamepad biasa.


2. PlayStation DualShock 4 (Controller yang paling terbaik untuk PC)


Weight: 7.4oz (210g)/ Connectivity: Bluetooth/ Battery: 1000mAh rechargeable

Kelebihan: Mempunyai rasa analor trigger yang hebat, kukuh dan berkualiti.

Keburukan: Memerlukan software lain untuk kegunaan PC.

Sebenarnya controller ini bukanlah yang utama untuk digunakan pada PC, tapi ia adalah pilihan yang terbaik dan sesuai je untuk semua. Dualshock 4 sangat kukuh dan tahan lasak. Tapi, ia bukan direka untuk Windows dan sekiranya mahu mengunakannya pada PC, korang kena ada software DS4Windows atau beli USB dari Sony dan harganya mahal.


3. Xbox 360 Controller (Controller bajet yang terbaik)


Weight: .58 lbs (265g)/ Connectivity: 2.4GHz wireless/ Battery: 2x AA

Kelebihan: Harga berpatutan untuk dimiliki, sesuai untuk dimain dalam banyak game.

Keburukan: D-pad yang kurang baik.

Pemilihan controller ini juga satu pilihan yang sangat baik. Xbox 360 dan Xbox One merupakan controller yang berfungsi dengan baik dan hampir semua game PC support kawalan yang dibuat oleh controller ini. Cumanya, Xbox One saja yang mempunyai D-pad yang lebih baik berbanding dengan Xbox 360.


4. Logitech F310 Gamepad (Controller yang ringan dan ultra-berpatutan)

Weight: .4 lbs (181g)/ Connectivity: USB wired/ Cord length: 6.5 ft (1.98m)

Kelebihan: Harga yang sangat berpatutan, mudah untuk plug-and-play.

Keburukan: Stiff triggers.

Harga controller ini sangat berpatutan(murah) dan sesuai untuk mereka yang memang plan nak beli bawah bajet je. Ianya ringan dan senang unutk plug-and-play. Tapi, controller ini tidak boleh bermain dengan bebas kerana ia bukan wireless yang tidak boleh dimain dimana saja. Triggers and bumper yang ditempatkan di outcroppings yang membuatkan jari pemain tidak selesa apabila menggunakannya dan mempunyai bentuk convex yang tidak sesuai untuk jenis tangan yang berpeluh.


Okay korang, jangan ingat semua game best dimain dengan guna mouse dan keyboard. Contohnya, GridAutosport tidak kalau main guna keyboard. Super Meat juga tidak main dengan keyboard. Ultra Street Fighter IV lagilah tak masuk akal sekiranya main dengan keyboard. Memang betul, kebanyakkannya game PC menggunakan mouse dan keyboard tapi ikut dengan pemain PC yang mempunyai kelainannya yang lebih suka menggunakan controller adalah satu perkara yang harus ada.

Jadi, korang boleh lagi buat research controller mana yang lagi baik sebab sis takut ada yang sis tertinggal. Yang atas ini semua yang sis dah tengok dan ianya diuji oleh pakar gaming. Selamat memilih ya!


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Written by RT Admin