Dulu konsep VR ni hanyalah cerita fiksyen saje. Skang, consumer casual pun boleh beli dan experience dunia maya. Brother Addnaf daripada Racun Tech telah membandingkan dua VR headsets yang available di pasaran sekarang. Vive daripada HTC dan PSVR daripada Sony. So nak beli mana satu?
Kita mulakan dengan HTC Vive. Untuk setnya, anda akan dapat lengkap semuanya. Apa yang tinggal ialah PC dan TV. Biasanya orang beli VR ni maksudnya dah ada PC dah so that's good. Takyah nak fikir dah pasal kabel-kabel, semuanya lengkap.
- Screen: Dual AMOLED 3.6’’ diagonal
- Resolution: 1080 x 1200 pixels per eye (2160 x 1200 pixels combined)
- Refresh rate: 90 Hz
- Field of view: 110 degrees
- Safety features: Chaperone play area boundaries and front-facing camera
- Sensors: SteamVR Tracking, G-sensor, gyroscope, proximity Connections:
- HDMI, USB 2.0, stereo 3.5 mm headphone jack, Power, Bluetooth
- Input: Integrated microphone
Untuk headset nya, ia sangat selesa. Kepada mereka yang rabun, ia mempunyai slider untuk adjust fokus. So ia tak terhad kepada orang mata elok sahaja. Ia juga ada kamera untuk lebih accurate tracking pandangan pengguna.
Controllernya agak pelik dari segi design. Namun functionnya tidak terjejas. Malah ia mempunyai touch sensor di tengah yang agak subjektif dari segi functionnya. Ia tidak terhad kepada apa-apa jumlah button. Berbanding PSVR yang mempunyai button klasik PlayStation. Pegangan untuk HTC Vive punya controller pun sangat ergonomik. Sangat selesa untuk dipegang. Bagi mereka yang takut tercampak benda tu, ia juga datang dengan tali supaya tak terhumban masuk gaung mana-mana. Jangka masa baterinya pula dalah around 6 jam. Korang boleh cas guna micro-usb biasa sahaja. Kawasan sensornya hanya terhad kepada ruang yang korang ada. Kalau besar ruang, besar la dalam VR. Tinggal letak sensor kameranya ikut posisi dan itulah! Tinggal Ready Player One dan tekan Start!
Specification PSVR
Untuk PSVR pula. Ianya VR khas untuk Sony Playstation. So ia mostly untuk PS4 sahaja. Ada setting untuk pasang kat PC tapi kali ini kita fokus pada elemen terkuatnya.- Screen: Dual OLED
- Resolution: 1920 x RGB x 1080 (960 x RGB x 1080)
- Refresh Rate: 120hz, 90hz
- Field of View: Approx. 100 degrees
- Microphone: Integrated
- Sensors: Accelerometer, gyroscope
- Connection: HDMI, USB
Headsetsnya menggunakan teknologi gyro. Maksudnya ia mampu tracking rotation kepala pengguna tanpa perlu pakai sensornya. Namun untuk positioning kepala masih perlu bergantung pada sensor.
Untuk controllernya... Perlu beli secara berasingan. Mostly game VR pakai Playstation Move tapi malangnya ia tak sekali set dengan PSVR. Designnya pula adalah lebih simple. Dengan bentuk silinder dengan bebola lampu getah di atasnya. Terkejut juga sebab ingatkan benda putih tu plastik ke apa. Rupanya soft dan flexible. Trackingnya bergantung pada bebola lamput tersebut.
Sensornya berlainan daripada HTC Vive. Ia gunakan satu kamera fix daripada satu pandangan. Biasanya daripada pandangan console PS4. Ia akan terhad kepada pandangan kamera sahaja. Kalau keluar kamera, headset dan Playstation Move terus jadi gila. Akhir kata, dua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. So kalau korang rasa problem tu kecil je no hal lah. Aku recommend. VR ni aku sarankan at least kene try at least once in your life lah. Kira rugi tak dapat nak rasai VR ni. Kita dah pun sampai ke future yang sangat diimpikan ramai orang dulu.
Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-
Facebook RacunTech ( https://www.facebook.com/TechRacun/) Instagram RacunTech ( https://www.instagram.com/racun.tech/) YouTube RacunTech ( https://www.youtube.com/c/racuntech)
Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus! PM RacunTech ( http://senang.la/nak/racuntech)
RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam