P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.
Last Updated on 15 Apr 2024
#RacunTips: Cara Bersihkan PC Monitor
Hari ini sis nak kongsikan cara-cara membersihkan pc monitor. Mesti antara korang tak pernah nak bersihkan atau terlupa atau malas, tapi kalau nak pc monitor/laptop sentiasa 'sihat', korang kenalah jaga dan bersihkannya. Ia seperti badan kita, kalau tak dijaga jadi tak sihat.
PC monitor atau laptop yang kotor, habuk dan cap jari tidak akan membawa kerosakkan untuk jangka masa panjang, tetapi ia akan mengalihkan perhatian korang semasa mengesan tracer di overwatch. Ini lah masanya untuk kita bersihkan monitor kita supaya ia sentiasa nampak bersih dan selesa apabila digunakannya.
Ramai pengguna fikir untuk bersihkan monitor sangat mudah sebab tu kadang-kadang mereka lupa atau tangguh-tangguh masa untuk bersihkannya. Tapi, ia tidaklah semudah yang kita fikir, prosesnya kena sentiasa buat dengan smooth, ada yang boleh dan tidak boleh.
Bagaimana membersihkan tanpa merosakkan monitor dan cara untuk membersihkannya?
Sis nak beritahu dulu bersihkan tanpa merosakkan monitor. Pertama, elakkan guna bahan yang boleh menghakis. Ini bermaksud, bila korang nak cuci, elakkan bahan yang ada alkohol atau ammonia (Windex). Bahan ini boleh merosakkan skrin monitor seperti menanggalkan pelapis anti-reflektif, menyebabkan jadi kabur, atau lebih teruk lagi.
Kedua, hati-hati dengan apa yang korang gunakan untuk lap skrin. Biasanya, orang gunakan tisu kertas yang kasar untuk lap skrin dan rasa ia sangat sesuai. Tapi, pada tahap mikroskopik, ia sangat kasar dan tidak sesuai. Dan ia boleh menyebabkan skrin anda menjadi calar.
Seterusnya, pastilah korang tak akan spray cecair pembersih terus ke monitor korang. Cecair yang yang diguna secara berlebihan boleh menimbulkan sesuatu kekacauan pada bahan sensitif dalam monitor tersebut.
Jadi, macam mana pula nak bersihkannya? Sambung dibawah ini.
Apa yang korang boleh gunakan untuk pembersihan monitor seperti berikut;
Boleh gunakan kain microfiber. Kain ini sangat lembut (miksoskopik) dan popular fungsinya yang menarik habuk dan menyerap minyak. Paling penting, ia tidak akan merosakkan skrin dan ini menjadi pilihan yang bijak. Pastikan kain itu bersih sebelum digunakan kerana takut ada kotoran lain yang melekat seperti pasir yang akan merosakkan skrin. Sedikit tambahan, letakkan sedikit air bersih pada kain korang untuk cuci hilangkan habuk degil.
Selepas itu, mula lapkan ke skrin korang, tapi dengan berhati-hati dan elakkan gerakan bulat atau yang boleh merosakkan di tempat tertentu. Gunakan dengan tekanan ringan dan gerakan secara lebar dari tepi ke tepi atau dari atas ke bawah. Mungkin nampak remeh, tapi kita bersihkan barang elektronik yang sensitif dan jika salah cara pastinya akan membawa kerosakan.