Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

#RacunTips: Macam Mana Nak Bersihkan Keyboard?
Keyboard pun kena bersihkan ke? Bukan PC monitor saja tau yang kena bersihkan, tapi keyboard juga. Sesiapa yang setiap hari menghadap skrin dan gunakan keyboard mesti akan persoalkan, kenapa nak kena bersihkan even hari-hari guna. Ha, meh sis kongsikan kenapa perlunya bersihkan keyboard even guna hari-hari. Keyboard kena bersihkan sebab mungkin dia mempunyai kekotoran, habuk dan serpihan sisa-sisa makanan atau lain yang boleh menyebabkan tidak selesa semasa menggunakannya dan tak boleh tekan button keyboard. Contohnya, ada rambut kucing terselit dibawah button keyboard even senang saja untuk keluarkan. Tapi kalau seperti sisa makanan (keropok), dah jadi satu beban untuk keluarkannya.

Cara untuk bersihkan keyboard;

Pembersihan Umum
  • Off komputer dan cabut cable keyboard sebelum membersihkan. Jangan keluarkan atau sambungkan keyboard semasa komputer On.
  • Untuk pembersihan cepat, terbalikkan keyboard dan gunakan kalis air termampat untuk meniup sebarang kekotoran.
  • Tanggalkan kesemua key caps untuk bersihkan lagi dalam. Pastikan ambil gambar dulu sebelum tanggalkan, untuk mudahkan pemasangan kemudian.
  • Bersihkan bahagian sisi keys dengan kapas yang direndam dengan isopropyl alcohol.
  • Pasang semula semua key caps ditempat asalnya. (boleh rujuk kepada gambar yang diambil sebelumnya).
Jika keyboard korang ada kekotoran disebabkan oleh air atau jenis cecair yang melekat di keyboard, korang perlu bersihkannya dengan lebih mendalam kerana ia susah untuk ditanggalkan terutamanya dicelah-celah keyboard. Caranya;
  • Off komputer dan cabut cable keyboard sebelum membersihkan. Jangan keluarkan atau sambungkan keyboard semasa komputer On.
  • Terbalikkan dan goncangkan keyboard. Lap dengan kain bersih dan keringkan ia.
  • Tanggalkan kesemua key caps untuk bersihkan lagi dalam. Pastikan ambil gambar dulu sebelum tanggalkan, untuk mudahkan pemasangan kemudian
  • Sediakan kain perca dan letakkan sedikit isopropyl alcohol, atau thinner atau sejenisnya dan lap board tersebut.
Selepas korang buat seperti diatas, selarkan kain di antara keyboard dan gosokkannya beberapa kali. Sentiasa bergerak ke arah yang sama. Ulang proses yang sama dengan menggunakan kapas.
Setelah pembersihan keyboard korang selesai, pasangkan semula suis dan cable keyboard ke PC. Test setiap key caps untuk pastikan ia berfungsi. So, selesailah kerja pembersihan ini dan korang akan rasa senang hati tengok keyboard seperti baru beli. Hah! P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Written by RT Admin