
Ramai orang sekarang main beli je mouse yang penting murah. Betul ke? Tapi ada juga yang jenis memilih sebab mungkin dia jenis yang lasak, nak nampak style dan macam-macam lagi.
Jadi sis nak share tips untuk memilih mouse gaming yang terbaik untuk digunakan;
1) Usia Kegunaan
- Jika anda mahukan mouse yang boleh tahan lama, disyorkan guna wired mouse sebab ia jimat dan tak perlu nak tukar-tukar bateri.
- Jika mouse wireless, ia agak membazir sebab selalunya kena tukar bateri especially mouse yang ada style lampu-lampu.
2) Faktor Kepekaan
- Faktor ini bergantung dengan aktiviti atau kerja yang dilakukan. Jika setakat guna untuk buat kerja biasa, anda boleh gnakan mouse yang mempunyai DPI yang rendah.
- Jika untuk bermain game, gunakan wired mouse sebab kebanyakkannya wired mouse mempunyai DPI yang tinggi.
3) Style Design Mouse
- Mereka yang suka atau mengutamakan dari segi design yang cantik dan nampak style, boleh pilih yang wireless mouse.
- Wireless mouse ni dia boleh gerak bebas sebab tiada kabel-kabel.
Tapi, terpulang kepada korang lah sama ada inginkan wired ataupun wireless mouse. Okay?