Dengan keluaran Graphics Card yang baru iaitu GTX 1660 TTi, ramai masih keliru tentang performancenya. GPU baru maksudnya lagi power la kan? Tapi kenapa orang kata RTX 2060 masih lagi laju? Sedangkan GPU tu dah keluar lagi awal.
RTX vs GTX
GTX adalah dikira GPU basic bagi sesuatu GPU. High quality 3D rendering on the spot yang sesuai untuk main kebanyakan AAA games yang ada di pasaran sekarang. Tiada ruginya membeli GTX. Dengan model 1660 Ti, Nvidia ingin meningkatkan kualiti dan kekuatan performance GTX dalam apa yang siri tersebut sudah lama pakar.
RTX ialah siri GPU yang baru daripada Nvidia. Apa yang GTX boleh buat, RTX boleh buat dengan lebih baik. Namun, tarikan utama daripada siri tersebut ialah ia menyokong Ray Tracing secara real-time dan juga DLSS. Ray Tracing ialah penambahan baru yang sangat menarik bagi consumer. Ini membolehkan lebih realistik lighting semasa gaming tanpa menolak performancenya dalam workload yang lain. Grafik tinggi yang sama dengan GTX tetapi dengan lighting yang lebih bagus.
Spesifikasi
Walaupun kedua-dua GPU memggunakan architecture Turing dan mempunyai nombor akhir '60' dalam nama mereka, mereka tetap berbeza dari segi teknikal dan specs. Kalau dalam aspek teknikal, GTX tidak akan mampu menghasilkan Ray Tracing. Ini kerana RTX telah memperkenalkan elemen baru dalam cip GPU mereka iaitu RT Cores dan Tensor Cores. Dua Cores inilah yang membolehkan feature-feature baru dalam RTX terjadi tanpa mengganggu dengan proses lain.
RTX 2060
- Stream processors (CUDA cores): 1920
- ROPs: 48
- Tensor cores: 240
- RT cores: 30
- Base clock: 1365MHz
- Boost clock: 1680MHz
- Memory: 6GB GDDR6 at 14Gbps
- Memory interface: 192-bit
- Memory bandwidth: 336GB/s
- Single-precision performance: 6.5TFLOPs
GTX 1660 Ti
- Stream processors (CUDA cores): 1536
- ROPs: 48
- Tensor cores: N/A
- RT cores: N/A
- Base clock: 1500MHz
- Boost clock: 1770MHz
- Memory: 6GB GDDR5 at 12Gbps
- Memory interface: 192-bit
- Memory bandwidth: 288GB/s
- Single-precision performance: 5.4TFLOPs
Daripada perbandingan tersebut, boleh kelihatan dominasi RTX 2060 dalam banyak kategori. Namun ada dua bahagian di mana GTX 1660 Ti adalah lebih berkuasa. Disebabkan GTX tidak perlu menghasilkan Ray Tracing, ia mampu untuk menguasai Base Clock dan Boost Clock yang lebih tinggi.
Kesimpulan
Kalau hanya tengok dari segi kemampuan, semestinya RTX 2060 lebih bagus. Tapi lagi bagus sesuatu benda, mestilah lagi bernilai. GTX 1660 Ti walaupun model daripada siri lama, ia masih tidak mampu menandingi lawannya dalam segi kuantiti dan kualiti proses kerjanya. Apa yang 1660 Ti boleh offer ialah harga yang lebih murah. Itupun masih dikira tidak berbaloi. Better simpan sikit lagi duit untuk beli RTX 2060. Feature-featurenya jangan ambil ringan. Ia adalah suatu pencapaian yang menakjubkan bagi sebuah GPU yang ditarget untuk kasual. Dulu, teknologi ni hanya ada pada syarikat-syarikat 3D besar je. Sekarang, sesapa pun boleh hasilkan game sendiri kalau nak. PUBG sebelum ni bukannya company besar yang buat. Ia adalah hasil daripada beberapa gamer biasa yang passionate dalam gaming. So diorang buat game sendiri.P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.