Hai gais! Siapa kat sini main game Apex Legends??
Untuk pengetahuan korang yang tak tahu lagi, game Apex Legends kini semakin popular dan ramai pemain PUBG dah bertukar ke game Apex Legends ni. Tapi, sekarang ni tak dapat dinafikan lagi ada pemain Apex Legends masih tidak berpuas hati sebab mereka kadang terjumpa cheater dan ada hacker dalam beberapa game.
Menurut post subreddit Apex Legends, Respawn telah mendedahkan bahawa studio itu telah banned lebih 355,000 cheaters yang bermain game ini di PC. Semua ini kerana servis perkhidmatan Easy-Anti-Cheat. Bagus! - https://twitter.com/PlayApex/status/1104229948217155584
Walaupun banyak yang dah kena banned, tapi menurut pengurus komuniti Respawn, Jay Frechette mengatakan sebegini:
"The service works but the fight against cheaters is an ongoing war that we’ll need to continue to adapt to and be very vigilant about fighting", they write.
"We take cheating very seriously and care deeply about the health of Apex Legends for all players."
Dorang ini juga mengatakan beberapa cara untuk memerangi cheaters ini pada masa hadapan, termasuklah bekerjasama dengan pakar di dalam dan luar EA. Ia memberikan lebih banyak sumber kepada pasukan anti-cheat mereka dan akan menambah sistem report supaya pemain boleh terus melaporkan cheaters yang ada dalam game secara direct.
Seterusnya, post itu juga menceritakan mengenai isu spam dalam pemilihan watak, dan mereka juga berkata mereka akan mencuba dengan terbaik untuk baiki dan berikan solusi semua ini. Respawn akan bekerjasama dengan AMD untuk berbincang tentang stability dan performance pada minggu hadapan.
Apa pun, semoga semuanya berjalan dengan lancar untuk mereka baiki dan ya, game Apex Legends ni available untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC secara PERCUMA!!
P/s: Nak buat servis komputer atau beli komputer tapi tak tahu dekat mana? Call je terus team Racuntech untuk bantu anda.