Beberapa hari yang lepas, Nvidia telah mendedahkan RTX Titan yang baru, dan dapat dilihat juga yang kad grafik GeForce RTX 2060 Max-Q dan RTX 2060 bakal hadir tak lama lagi sebab ada beberapa detail telah dikeluarkan.
Berita ini dilaporkan oleh pengguna Twitter TUM_APISAK, di mana dia mendapati dua entries 3DMark terkini yang mendedahkan spesifikasi kad grafik Nvidia GeForce RTX 2060 Max-Q dan RTX 2060.
Dalam pendedahan ini juga menunjukkan yang performance kad grafik baru mempunyai 30% lebih prestasi daripada GeForce GTX 1060 yang sebelum ini punya, dan pastilah kena ada peningkatan untuk kad grafik yang baru, betul tak?
Di samping itu juga, dikatakan yang GeForce RTX 2060 akan dibina di sekitar silikon TU106 yang diukir oleh TSMC di bawah 12nm FinFET node. Versi mudah alih ini dikatakan juga akan ada base clock 960MHz dan memori GDDR6 6GB yang mencatat 1,750MHz (14,000MHz). Versi Max-Q dilengkapi dengan memori asas 975MHz yang mengendalikan memori 192-bit.
Selain itu, RTX 2060 juga dilengkapi dengan 30 compute unit atau Multiprocessors Streaming (SM). Oleh kerana setiap Multiprocessor Streaming di Turing membawa CUDA 64 cores, itu bermakna GeForce RTX 2060 dilengkapi dengan CUDA 1,920 cores. Menurut TUM-APISAK, RTX 2060 Mobile meletakkan skor 19,000 dalam benchmark 3DMark 11 pada performance test.
So, kita akan dapat melihat RTX 20-series mudah alih tak lama lagi di CES nanti.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.