Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

ASUS Keluarkan Monitor ROG STRIX Baru??

Sis dapat tahu yang Asus telah menambah produk baru di laman webnya. Tahu tak apa produk baru mereka? Ha, mereka keluarkan monitor baru iaitu ROG Strix XG32VQR yang lebih kurang sama cirinya seperti ROG Strix XG32VQ.

Kedua-duanya mempunyai paparan 32 inci dengan resolusi 2560 x 1440 dan refresh rate 144Hz yang pantas dan hampir sama. Bagaimanapun, XG32VQR menaikkan ante dengan sokongan FreeSync 2 HDR, manakal XG32VQ hanya mempunyai satu paparan FreeSync. Apa maksudnya?

Benefit utamanya adalah sokongan dari HDR. Sokongan ini tidak ada pada model lama. Sebab itu XG32VQ hadir dengan higher brightness-450 nits, ia naik dari 300 nits. Ia juga mempunyai VESA's DisplayHDR 400 vesa, yang antara memerlukan tahap brightness minimum 400 nits.

Senang cerita, XG32VQR adalah versi akhir yang lebih tinggi dari sebelumnya. Ciri-ciri lain seperti skrin VA yang melengkung dengan 125% coverage RGB color space, 4ms masa tindakbalas dan pelbagai kawalan ergonomik=ketinggian, tilt dan swivel yang boleh di adjust.

Selain itu, mempunyai display input yang standard termasuk HDMI, DisplayPort dan pilihan mini DisplayPort 1.2. Bukan itu saja, ada juga 3.5mm mini jack dan USB hub dengan dua USB 3.0 downstream ports.

Seperti syarikat ROG yang lain, sport XG32VQR ada LED di bawah cahaya yang memaparkan logo ROG di desktop korang. BY THE WAY, harganya masih tidak dikeluarkan lagi tapi mungkin agak pricy sebab ia hadir dengan HDR dan brightness yang lebih POWER.


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Written by RT Admin
in News