Nokia 9 Pureview adalah smartphone flagship Nokia yang terbaru. Selepas beberapa cubaan untuk memasuki pasaran telefon pintar, mereka akhirnya mendapat tarikan yang besar untuk smartphone baru ini. Feature yang paling menarik tentang phone ini ialah ia mempunyai 9 kamera yang tersusun mengikut bentuk hexagon. Nokia mengatakan bahawa produk ini telah direka bentuk khas untuk fotografi.
Pada 2019 ini, smartphone wajib kene atleast ada dua camera untuk dipanggil sebagai 'pintar'. Nokia pula mengambil keputusan untuk terus bagi 5 camera dalam satu. Suatu pencapaian bagi sebuah syarikat veteran dalam industri alat telekomunikasi ini. Ia juga satu strategi bagus bagi mereka untuk stay relevan dalam dekat kedua abad ke-21 ini. Kebanyakan millennials dan juga pengguna kasual smartphone menggunakannya untuk mengambil gambar. Dengan pasaran yang semakin laju teknologi berkembang, mereka telah menetapkan nama dengan mengekstremkan kehendak pelanggan.
Reka bentuknya tidak mengecewakan juga. Walaupun kemampuan untuk meletakkan 5 kamera itu sudah cukup mencabar dan memakan kos, bentuk badan dan rupanya tiada kompromi kos di situ. Glossy finish nya nampak angan-angan berlian bersama dengan hampir bezel-less display yang cerah. Skrinnya adalah skrin POLED 5.99 inci dengan resolution 2,880 x 1,440. Ia juga support HDR10. Dengan ini, ia mampu memaparkan 4k videos dengan sangat cantik dengan mudah. Walaupun dah ada 5 kamera di belakang, mereka mampu meletakkan lagi kamera di bahagian depan.
Nokia 9 Pureview ini telah release di luar negara 9 Januari yang lalu. Ramai Malaysian fans garu kepala sebab tiada lagi release official di sini. So mereka try la tanya dekat Official Nokia Retailer di Facebook. Berdasarkan mereka, Nokia 9 Pureview akan keluar pada bulan depan. Agak terkejut juga kerana tidak sangka mereka akan bagitau.