Baru semalam
ASUS ROG Phone dilancarkan di Malaysia. Hari ini
Xiomi Black Shark Helo yang sebelum ini dianggap juga Black Shark 2, telah dilancarkan di China. Memang tahun ni semua banyak syarikat keluarkan gaming phone kan!
Black Shark Helo ini bukan hanya gaming phone yang mampu dimiliki, di upgrade dengan cip
Snapdragon 845. Bukan itu saja, ia dilengkapi dengan sehingga
10B RAM dan
space storage sebanyak 256GB, ini adalah peningkatan yang lebih baik dari model sebelum ini. Selain itu, ia mempunyai
dua heatpipes untuk menyejukkan Snapdraon 845, untuk memastikan performance yang lebih baik apabila menggunakannya.
Selain itu, ia juga upgrade dengan skrin
6.01 AMOLED dengan perlindungan NTSC 100% dan keupayaan
HDR. Telefon ini tidak mempunyai kadar penyegaran yang tinggi seperti ROG Phone dan Razer Phone 2, tapi ia menggunakan
motion compensation (MEMC) untuk pengalaman lebih cair. Pembesar suara stereo menghidupkan paparan untuk bunyi stereo yang lebih jelas mendalam.
Seterusnya, paling best ia hadir dengan pencahayaan RGB di sisi phone dan juga di logo!. Kamera belakang 12MP + 20MP juga mempunyai beberapa AI chops dari Xiomi, dengan itu menjanjikan kualiti yang lebih baik daripada model yang pertama.
Black Shark Helo menawarkan tiga variasi iaitu 6GB + 128GB, 8GB + 128GBdan 10GB + 256GB paling tinggi storage nya. Harga untuk setiap variasi berlainan mengikut saiz storage dan bermula dari RM1918 di China dan masih belum disahkan di Malaysia.
*Hihi gaming phone ni takda Air Triggers macam ROG Phone..
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.