
Nampaknya rangkaian
5G bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi.Wah!
Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia, mengumumkan bahawa Cyberjaya dan Putrajaya akan menjadi tempat ujian untuk rangkaian
5G di Malaysia. Memang tidak hairanlah Cyberjaya akan dijadikan salah satu tempat paling awal untuk ujian rangkaian
5G kerana tempat itu telah mempunyai akses internet yang berkelajuan tinggi paling terawal di Malaysia.
Mereke memberitahu bahawa rangakaian 5G ini menggunakan
frequency band yang rendah dan memberi kelajuan yang lebih pantas daripada
4G LTE, yang menjadikan ia luar biasa di dunia hari ini. Kelajuan rangkaian
5G ini dijangka akan mencapai sehingga
20GB per saat manakala
4G LTE akan mencapai sehingga
1GB per saat. Tetapi biasanya, kelajuan yang akan bergantung dengan provider network itu sendiri.
Buat masa ini, tidak banyak lagi kenyataan yang dikeluarkan mengenai ujian ini tetapi yang pasti ia dijangka akan bermula tidak lama lagi. Jadi, sis harap dapat berita yang lebih lanjut dengan cepat.

Bersedialah semua.
Malaysia sudah mula kehadapan dengan memasuki era digital yang baru seiring dengan negara-negara maju yang lain. Malaysia Boleh!!
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.