Demo TGS dan
listing PlayStation Store telah mendedahkan yang
Devil May Cry 5 ada kedua
Microtansaction dan juga
Multiplayer. Apa ni? Peminat telah pun memainkan
DMC 5 demo semasa
TGS 2018 minggu ini, dan di antara mereka, perasan yang mereka boleh menggunakan duit sebenar untuk membeli
currency in-game, iaitu
Red Orbs. Kepada mereka yang merupakan
Kipas-Susah-Mati siri game
DMC, konfirm tahu apa fungsi
Red Orbs ni. Ianya untuk korang unlock hampir kesemua,
Upgrade Weapon, Moveset baru, dan juga,
Consumables.
Bila ditanyakan soalan kepada director
Hideaki Itsuno, dia berkata yang ianya diatas pilihan pemain sendiri. Kepada mereka yang inginkan semuanya dengan cepat dan menjimatkan masa, jadi, mereka mempunya pilihan untuk menggunakan Microtransaction tersebut. Untuk Multiplayer, ada diantara peminat, melihat di
listing PlayStation Store, yang korang boleh bermain secara
Multiplayer, 2 hingga 3 pemain. Apabila ditanyakan soalan tentang
Multiplayer, mulut Itsuno mengunci rapat. Beliau hanya mengatakan tunggu dan lihat, tetapi mereka telah mereka cipta game tersebut untuk
memberikan experience single player yang terbaik sekali.

Semestinya banyak pemain akan membuat spekulasi, betul? Tapi, abam duk fikir-fikir, kalau la ada
Multiplayer, adakah korang bermain sebagai rakan, atau pun, korang berlawan satu sama lain. Alah, senang cerita, macam
Souls-Like game punya Multiplayer, Darksouls dengan Bloodborne. Apapun, korang layan dulu trailer DMC 5 ni kat bawah:
[yotuwp type="videos" id="rKp1Hy0pjtw" column="1" per_page="1" description="off" player="mode=large"]