
Abam boleh tahu, mesti ramai pembaca dan juga pengikut Racuntech pernah main game
Harvest Moon kan? Abam tak kisah Harvest Moon yang mana, PlayStation 1 ke, Gameboy ke, yang pasti, abam nak tanya satu soalan, pernah main ke tak?
Little Dragons Café, merupakan game yang dibuat oleh pencipta asal
Harvest Moon,
Yasuhiro Wada, yang dikatakan akan hadir ke PC tak lama lagi. Bila tu? Dengar khabar, yang
Little Dragons Café akan membuat kemunculan pada
November 15 nanti. Studio Aksys Game sendiri yang mengumumkan tentang kemunculan
Little Dragons Café ke PC. Nak tahu game
Little Dragons Café ni macam mana gameplay dia? Ikut abam, abam nak tunjukkan.

Bagi abam, pelbagai elemen diterapkan dalam game ni. Antaranya, korang boleh bukak kedai, boleh bercucuk tanam, dan, paling best, menjadi pengembara fantasi! Game ni, sebenarnya menceritakan sepasang kembar yang perlu dan terpaksa menjaga Café keluarga mereka setelah ibunya jatuh sakit. Sakit apa, abam tak tahu. Jangan tanya abam. Hanya satu cara yang boleh merawat ibunya adalah dengan membela seekor naga! Kemain, jadah nak bela naga. Mereka ikuti sahaja kata bomoh yang berusaha untuk merawat ibu mereka.
Jadi, bila sesuatu game tu mempunyai banyak elemen, sudah semestinya, waktu korang main game ni, akan habis melakukan pelbagai perkara. Contoh, perkara yang telah abam sebutkan tadi lah. Jaga kedai, jaga tanaman dan juga menjaga naga kesayangan supaya, ibunya sembuh dan sihat. Paling best, bila naga tu dah besar, korang boleh tunggang naga korang dan terbang mengembara! Kalau korang nak tahu, game ni pertama kali dilancarkan adalah di platform
PlayStation 4 dan
Nintendo Switch.

Bagi abam, game ni sangat menarik dan santai. Sebab apa santai? Ala, macam korang main
Harvest Moon. Dah dapat pace dan tahu apa nak buat, tak pening kepala sangat, dan yang best, korang boleh bela naga, bukan setakat bela, dah besar, korang boleh tunggang dan terbang bersama naga tu! Kepada peminat game
Harvest Moon, game ni menjadi saranan dari abam untuk korang isi masa lapang korang ye.
[yotuwp type="videos" id="wg4Rh_cSUds" pagination="off" column="1" per_page="1" description="off" player="mode=large&autoplay=1&loop=1&showinfo=0&playing=1"]