Ashton Williams, seorang senior manager komunikasi di Infinity Ward, sejak awal Disember tweet gif-gif yang berunsur menyeramkan atau dengan nama yang lebih tepatnya 'spooky' pada setiap hari. Para spekulasi di Internet mula mengesyaki bahawa sebuah game Call Of Duty yang baru akan diumumkan tidak lama lagi.
Antara tweet Ashton,
https://twitter.com/ashtonisVULCAN/status/1072023739825438720https://twitter.com/ashtonisVULCAN/status/1077760841959727104
Call Of Duty merupakan sebuah game FPS yang sangat masyur di dunia gaming. Terdapat satu game setiap tahun dalam franchise ini. Namun, bukan semua game dibuat oleh syarikat yang sama. Infinity Ward adalah salah satunya.
Antara spekulasi paling obvious ialah sebuah Call Of Duty: Ghosts yang kedua atau seumpamanya. Ia obvious sebab Infinity Ward jugak yang telah buat yang pertama. Kemungkinan besar ia adalah sambungan daripadanya.
Satu lagi teori ialah ia Call Of Duty Modern Warfare 4. Dalam siri 1 hingga 2, terdapat seorang karakter bernama Ghost yang pada penghujung telah mati semasa dia selamatkan player. Walaupun dalam game tu dia ditembak dan dibakar, ada kemungkinan dia hanya MIA (Missing In Action).
Personally, saya agak terikat dengan karakter Ghost ni. Nama dah gempak dah, pastu pakai topeng tengkorak pulak. Also, dia antara karakter yang sentiasa ada pada moment paling penting meletakkan dia pada rank yang tertinggi dalam kalangan NPC. Kalau ada game baru pasal dia seronok la jugak.
Bayangkan, kau merupakan 'Ghosts'. Kumpulan yang diwakili oleh veteran askar yang KIA (Killed In Action). Tidak lagi dijejaki oleh mana-mana organisasi. Beroperasi di bawah radar semua negara.
Entahlah, aku takde idea sangat. Harap-harap Infinity Ward tak mengecewakan.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.