
Wow! Nampaknya Intel nak kenalkan
Core i9-9900k. Istimewanya CPU Intel kali ini adalah
packaging dia. Rekaan kotak yang dihasilkan seperti
dodecahedron yang mempunyai 12 sisi bentuk pentagon.
Adakah Intel mahu mengalahkan AMD yang telah memperkenalkan kotak luar biasa untuk Ryzen Threadripper CPU Generasi 1 dan 2?
Amazon telah membongkarkan rekaan
packaging Intel Core i9 dan senarai harganya juga. Core i9 dikhabarkan mempunyai
8-cores dan
16-threads yang mana hanya model ini sahaja mempunyai
features tersebut.
Oh, sis tengok senarai harga CPU i9 dekat Amazon ni adalah $582.50 (rm2408). Tapi, kita tunggu Intel keluarkan betul-betul.
