Semalam, TM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pengguna Unifi, Unifi Mobile dan Streamyx akan mengalami masalah kelembapan internet pada masa kini. Begitu juga kepada pelanggan syarikat telco lain yang mana syarikat itu menjalankan infrastruktur dengan fibre TM.
Syarikat telco yang menjalankan infrastruktur dengan fibre TM adalah Maxis. Pengguna perkhidmatan Maxis Fibre akan mengalami masalah yang sama dengan kelembapan internet kini.
Kenyataan di atas telah dikeluarkan oleh syarikat TM untuk pemberitahuan mengenai masalah ini. Tapi yang peliknya, kenapa diaorang tidak bagitahu awal-awal lagi kepada penggunanya? Mesti ramai yang bengang dan kecewa dengan perkhidmatan mereka. Syarikat ini sepatutnya perlu memberitahu lebih awal lagi kepada pelanggan agar kuali perkhidmatan tidak terjejas.
Hari ini, 19 November, mereka telah keluarkan satu kenyataan pagi tadi bahawa kerja-kerja pembaikan kabel fibre sedang dilakukan dan masalah ini hampir selesai;
Kepada mereka yang masih mempunyai masalah kelembapan internet, boleh terus hubungi pihak TM untuk ketahui lenih lanjut. Sepatutnya, sekarang tiada lagi gangguan masalah ini.
*Rasanya ada masalah ke takda masalah ke, sama je lambatnya... haha
Source: www.lowyat.net
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.