Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Kerajaan Selangor Akan Memperuntukkan RM400,000 Untuk ESports Pada Tahun 2019

Sebelum ini, dalam pembentangan Belanjawan 2019 Malaysia, kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta untuk pembangunan eSports. Sekarang, kerajaan negeri Selangor pula ingin memperuntukkan RM400,000 untuk pembangunan dan penganjuran eSports di negerinya.

Dalam twitter rasmi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, beliau mengatakan Selangor akan terus menjadi peneraju dalam bidang eSports. Selangor Cyber Games telah diadakan sejak tahun 2014 lagi dan dapat dilihat perkembangannya sangat positif yang akan menjadi jenama yang disegani di kalangan penggiat eSports negara ini.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1065920087561891840?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1065920087561891840&ref_url=https%3A%2F%2Fpokde.net%2Fgaming%2Fselangor-state-government-esports-2019%2F

Beliau juga mengatakan yang Selangor Cyber Games akan memainkan peranan yang besar dan lebih aktif  menjelang tahun 2019. Dengan mempunyai pelbagai perkembangan dan kemajuan dalam arena eSports ini, kita mungkin akan dapat melihat perkembangan sihat ini berleluasa di Malaysia menjelang 2019. InshaAllah.


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Written by RT Admin
in News