Perlawanan permainan bermula dengan Evil Genius (EG) mengambil Virtus.Pro (VP) di Lower Bracket Final, yang mana pemenang akan bertanding dengan Team Secret di Grand Final di Kuala Lumpur Major, Malaysia. Kuala Lumpur Major 2018 diadakan di Malaysia dan berlangsung selama 3 hari bermula pada 16 November sehingga 19 November 2018.
Evil Genius telah membuat sebaik mungkin semalam, tapi nasib tidak menyebelahi mereka di mana Virtus.Pro (VP) telah mengalahkan Evil Genius (EG) untuk menuju terus ke Grand Final.
Virtus.Pro (VP) berjaya dipilih untuk ke Grand Final untuk pertempuran bersama Team Secret. Dapat dilihat pertempuran sengit semalam anatara Virtus.Pro dan Team Secret, yang mana skor itu terikat selepas dua pusingan dengan kedua-duanya mendapat kemenangan dalam satu perlawanan akhir kejohanan.
Team Secret telah menyertai setiap pusingan dengan hanya mengambil masa selama 40 minit untuk mendapatkan kemenangan dalam tiga perlawanan di Grand Fianl tersebut. Pastinya, perlawanan ini masih belum berakhir kerana Virtus.Pro telah kembali lagi bersama ke permainan, di mana ada lagi satu pusingan iaitu pusingan kelima yang mana mereka perlu selesaikan skor dan untuk semua.
Pusingan kelima adalah pusingan yang penting secara keseluruhannya, yang akan menentukan siapa yang layak untuk peri ke kejohanan Dota 2 terbesar di dunia kelak, The International 2019. Kesengitan semakin terasa dalam pusingan terakhir, dilihat Virtus.Pro telah menunjukkan semua usaha dan kebolehannya sehingga mereka menjadi pemenang dalam pusingan tersebut. Akhirnya, mereka lah yang berjaya membawa pulang piala dan wang tunai!
Tahniah kepada Virtus.Pro yang dapat mengalahkan Team Secret! Ini sungguh mengejutkan kerana pada awal-awal lagi banyak juga team yang telah tewas di Dota 2 Major.
*Meriah sungguh dekat KL Major lepas. Siapa pergi, tahulah. Memang seronok!
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.