Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Logitech Tak Jadi Mengambil Alih Plantronics?!

Sis dapat tahu sebelum ini, Logitech telah berbincang untuk ambil alih syarikat Plantronics iaitu syarikat pengeluar alatan audio.

Hari ini, syarikat Logitech telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak akan meneruskan pengambilalihan Plantronics dan perbincangan mereka telah diberhentikan.

Logitech telah menawarkan lebih daripada $2.2 billion untuk memperoleh syarikat itu. Tapi semuanya tidak menjadi seperti yang dibincangkan. Walau bagaimanapun, Logitech tidak memberikan sebab apa mereka memberhentikan perbincangan dengan Plantronics.

Syarikat Plantronics adalah syarikat besar dan terkenal yang membuat speakers, speakerphones, dan headphones.


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Written by RT Admin
in News