Okay, siapa pergi Soft Launch M.I.A ONLINE pada Sabtu lepas? Sis pergi tau, dekat Battle Arena Malaysia. Cubinet ada buat cabutan bertuah kepada mereka yang hadir dan paling penting diaorang perkenalkan sedikit jalan cerita permainan MIA ONLINE MOBILE. Dalam soft launch ini juga, Cubinet perkenalkan permainan ini untuk Android. Ramai streamer terkenal Malaysia seperti Le Jossette, SemutHitam, TheLaki, dan Aisaka Miharu yang turut hadir untuk melihat dan memeriahkan lagi pelancaran permainan RPG MIA ONLINE ini.
Minggu lalu, sis ada bercerita mengenai MIA ONLINE MOBILE, dimana permainan yang memberikan action MMORPG bergenre adventure dengan elemen 3D dalam mobile . Dipenuhi dengan dunia fantasi dan pengembaraan epik dengan beberapa ciri yang menarik. Pertempuran yang membina antara 4 Negara dalam Dunia Mistik MIA ONLINE danmempunyai hero yang dipanggil oleh Vera untuk bersiap sedia dengan pengembaraan yang akan menyelamatkan negara dari kegelapan. Daripada situ kita akan dapat melihat nasib hero yang akan bertarung antara satu sama lain untuk menjadi yang paling hebat! Pasti korang akan suka dengan permainan baru ini.
Pemain daripada seluruh dunia dipanggil untuk menyelamatkan bumi MIA daripada serpihan kegelapan yang berpunca daripada Dark Ring yang dicipta oleh Malaikat Cadriel yang telah jatuh dalam kegelapan. Sis tak sabar sangat nak main game ni ANDDD!!! Yang paling best adalah permainan ini PERCUMA!
Permainan MIA ONLINE MOBILE yang mempunyai pelbagai ciri menarik, antaranya ia dilengkapi dengan 360 degree view field, boleh di zoom-in/zoom-out dan kelas yang menarik minat korang serta elemen grafik yang quite nice lah untuk mobile (confirm boleh beat final fantasy). Nak tahu lebih lagi mengenainya? Teruskan lagi bacaan korang.
Permainan MIA ini dibina dengan mempunyai banyak interface seperti Character interface, Ring interface, Gem, Mount, Journal interface dan lain-lain. Contohnya, dalam Character interface korang akan dapat lihat ianya mempunyai rank, attributes dan title. Dalam Ring interface pula, korang boleh dapatkan cincin khas dengan melalui Main quest dan Side quest untuk dapatkannya. Cincin khas ini sangat special kerana ianya memberikan kuasa dalam watak.
Bukan itu saja, terdapat juga enam kelas yang mana setiap satunya mempunyai role tersendiri seperti Paladin, Mystic, Ranger, Assasin, Melodist dan Berseker. So, korang boleh pilih antara enam kelas tersebut yang korang boleh pilih. Sis lagi suka Paladin sebab dia mempunyai strength yang lebih tinggi berbanding kelas lain.
Seterusnya, ciri permainan yang dibuat dalam ini, seperti Nation War, Guild Bosses (ada banyak Mobs yang susah nak dilawan), Breathtaking Game-play dan banyak lagi. Di samping itu, lagu utama permainan ini best sangat dan dinyanyikan oleh penyanyi dan pelakon popular dari Hong Kong J. Arie.
M.I.A ONLINE juga mentakrifkan semula Online PVP Battles dengan Massive real-time dan Multiple Scale PvP mode serta kandungannya seperti Arena 3x3, Arena 10x10, Guild Boss dan Nation War, Trial Tower, Team Bungeon dan Moonlight Observatory.
Untuk pengetahuan korang, M.I.A ONLINE secara rasminya akan dilancarkan pada Android ™ dan iOS pada 4 Disember 2018. Seriouly, permainan ni best dan korang boleh main bila-bila even tengah buat kerja pun. Ia ada automation tau! Nak tahu macam mana? Ha, main la dulu dan rasakan sendiri.
Kepada korang yang tak sabar nak main permainan ini, diaorang dah buka pre-registration. Jadi, korang boleh klik disini untuk pre-registration okay. Sis pun tak sabar nak tengok dan main permainan ni. Untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh gunakan link yang disertakan di bawah:
Official FB Page: https://www.facebook.com/miaonlinemobile/
Community Page: https://www.facebook.com/groups/miaonlinemy/?ref=br_rs
Instagram: https://www.instagram.com/miaonlinemobile/
Twitter: https://twitter.com/miaonlinemobile
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCM9YhROS0rawf5bPJvBbS5g
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.