Microsoft mengatakan yang mereka sudah mengatasi masalah yang berlaku pada Windows 10 Oktober 2018 Update baru-baru ini. Masalah yang dihadapi oleh pengguna apabila update ke Windows 10 Oktober seperti yang sis beritahu
Banyak aduan update Windows 10 Okt-Hilang semua data!
Mereka juga mengatakan telah mengatasinya dan kini kini sedang menguji update Window 10 Oktober yang baru dibawah ahli program Windows Insiders sendiri sebelum ia beroperasi semula kepada orang ramai.
Windows 10 Oktober 2018 ini menyebabkan ramai pengguna kehilangan data atau fail-fail mereka selepas update. Pengguna juga melaporkan yang support staff mereka tidak dapat selesaikan maslah itu. Dengan itu, Microsoft tangguhkan update tersebut dan kepada sesiapa yang terlibat diminta untuk hubungi syarikat tersebut.
Selepas Microsoft selesaikan, mereka mendapati masalah ini dihadapi oleh pengguna yang mengaktifkan Known Folder Redirection support-ia digunakan untuk mengubah kedudukan folder.
Microsoft beritahu masalah ini dihadapi kepada pengguna yang mengaktifkan Known Folder Redirection support-ia digunakan untuk mengubah kedudukan folder seperti Desktop, Documents, Picturs, dan lain-lain.
Kemudian, mereka juga akan mengambil tindakan maklumbalas pengguna Windows Insiders dengan lebih dalam berbanding sebelum ini.
Jadi, sekarang ni Microsoft sedang menguji program ini untuk Windows Insiders, dan barulah Microsoft akan tawarkan Windows 10 October 2018 ni kepada pengguna umum dalam masa terdekat.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.