
Haritu, semasa acara tertutup
The World Ends With You: Final Remix, yang telah diadakan pada
Oktober 30,
Tetsuya Nomura,
Producer kepada
Square Enix, telah menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh peminat yang hadir ke acara tersebut. Antara soalan yang diberikan kepada
Nomura adalah berbunyi, " Saya mahu bermain
Before Crisis: Final Fantasy VII sekali lagi".
Nomura mengatakan yang tak semua orang tahu tentang ini, tetapi dia sedang melakukan
Final Fantasy VII Remake.
Nomura menjawab sambil tertawa. Buat masa sekarang,
Nomura meletakkan fokus kepada
Kingdom Hearts III, dan, apabila ianya siap,
Final Fantasy VII akan menjadi destinasi seterusnya.
Nomura juga sering memikirkan tentang idea untuk pelancaran remake tersebut. Kesemua
Old Timer yang berada dalam
Square Enix memikirkan yang pelbagai pembinaan di ambil kira untuk menemani
Final Fantasy VII Remake. Kemungkinan, kompilasi
Final Fantasy VII. Tapi, buat masa sekarang, tunggu akan kemunculannya.

Jadi, di sini, abam boleh katakan yang sudah semestinya,
Final Fantasy VII Remake akan hadir. Abam juga dapat rasakan yang peminat-peminat
Final Fantasy VII, tentu tak sabar kan? Juga, abam nak tanya, apakah expectation korang untuk
Final Fantasy VII Remake ni? Untuk abam, simple, abam tengok
KH3, kalau ngam,
Final Fantasy VII pon ngam jugak.
[yotuwp type="videos" id="L-xvMsEw3LE" column="1" per_page="1" player="mode=large&autoplay=1"]