Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Nvidia Membuat Promosi GeForce RTX Battlefield V Bundle!

Permainan Battlefield 5 adalah permainan pertama yang menyokong real-time ray tracing, tapi ia memerlukan kad grafik GeForce RTX untuk bermain permainan itu. Sekiranya korang bercadang untuk upgrade, Nvidia telah bekerjasama dengan retail partners yang terpilih untuk bundlekan permainan ini dengan kad grafik GeForce RTX 2080 Ti, 2080, dan 2070. Promosi bundle ini akan berlangsung sehingga 7 Januari 2019.

Sebelum itu, ada beberapa perkara yang perlu korang ketahui. Antaranya ray tracing ni jenis yang demand dan untuk hybrid implementation yang ditolak oleh Microsoft dengan DirectX Raytracing (DXR) API. Jarred telah membuat beberapa perbandingan performance telah dibuat dalam Battlefield untuk membolehkan ray tracing berjalan.

Di samping itu, pastinya ada berita baik dan buruknya sendiri. Berita baiknya adalah orang ramai mendakwa Battlefield 5 hanya perlu berada pada 1080p dan mendapat 30 fps pada RTX 2080 Ti yang mana DXR juga cepat diaktifkan. Manakala, berita buruknya adalah berkaitan dengan performance seperti teknologi baru yang disebutkan sebelum ini. Framerates yang tidak mencukupi pada 2080 dan 2070 pada 1080p dan juga 1440p. Tapi mereka hampir pada 4k yang kurang daripada framerate. Bahkan harga mahal RTX 2080 Ti yang hanya mempunyai 40 fps pada 4k ultra saja.

Terdapat banyak aduan yang sudah menjadi isu sekarang iaitu GeForce RTX 2080 Ti Founders Edition. Nvidia mengesahkan yang GeForce ini mempunyai beberapa masalah seperti yang sis beritahu sebelum ini, mengenai ''Limited test Escapes''.

Sekiranya korang jenis nak beli juga dan sanggup ambil risiko, pastikan kad yang korang nak beli tu layak dan ada untuk free game code. Kalau nak dapatkannya, korang boleh pergi ke laman web Nvidia sebab diaorang tengan buat promosi. Tawaran harga yang hebat untuk sesiapa yang nak beli kad dan terus beli dari Nvidia. Korang boleh klik di sini.

*Pastikan kad grafik yang korang beli tu takda masalah ya..


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Written by RT Admin
in News