Seperti yang sis ceritakan semalam, mengenai Epic bakal buka store-nya sendiri, dan mungkin ia akan menjadi salah satu pesaing Steam yang besar pada masa akan datang.
Ramai developer mahu keluar daripada Valve Store kerana perkhidmatannya yang tidak lagi mempedulikan mereka sebagai developer. Sekarang dunia game semakin berkembang di seluruh dunia dan pastinya syarikat-syarikat pengeluar akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti dan pasarannya.
Epic telah membuat pengumuman semalam yang mana mereka akan membuka store sendiri dan akan memberikan kesan yang besar kepada Steam.
Kalau korang menikuti Steam sejak dulu lagi, pasti korang kenal siapa Sergey Galyonkin kan? Dia tu seorang Steam spy sejak tahun 2015. Aktiviti yang dilakukannya adalam dalam sebuah laman web yang memalsukan data yang sedia ada yang diambil dari profil Steam, menganalisisnya dan spits out kan statistik seperti game sales, trend genre dan banyak lagi.
Beberapa wakil Valve menyatakan yang mereka lagi dekat dengan segala kerja dalaman Steam daripada Galyonkin. Galyonkin memungut semua data Steam dan kini dia telah menjalankan projek yang dulunya kata 'Dia hanya membuat projek sampingan'. Padahal, ianya adalah untuk Epic Store. Ops! Adakah ianya hanya main-main atau real?
Menurut Galyonkin, actually tiada konspirasi yang hebat. Dia minat dengan pengedaran data dan game yang mana membolehkan dia memulakan Steam Spy dan berkerjasama dengan Epic. Walau bagaimanapun, ia telah mengajar Golyonkin untuk digunakan di Epic Store.
Golyonkin membuat kelainan sedikit untuk Epic yang mana di store mereka tidak mempunyai forum seperti di Steam. Forum itu untuk para pengguna share dan discuss. Tapi di Epic, diaorang hanya menyediakan ticketing system untuk membolehkan penggunanya message direct ke developer untuk apa-apa masalah. Golyonkin menyiasat dulu apa yang tidak elok yang ada di Steam dan buat yang terbaik untuk Epic Store. Dia juga minimize kan lagi game page untuk menyenangkan penggunanya nanti.
Walau bagaimanapun, Steam Spy masih bertahan kerana keupayaannya untuk tarik balik semua data jualan dan trend lain, membuka peluang kepada developer untuk membuat game yang akan disukai ramai. Dan sementara kedai Epic tidak akan mempunyai fungsi Steam Spy kerana ia merupakan satu tempat maklumat yang perlu disimpan.
So, Epic Store akan dilancarkan tidak lama lagi dan mungkin ia akan menjadi satu platform yang membolehkan para developer ketahui lebih banyak maklumat mengenai game yang Steam Spy dapat.
Jadi, kita tunggu dan lihat bagaimana rupa Epic Store. Hihi
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.