Sis tak tahu la apa sebenarnya kerajaan atau TM nak buat ni? Internet makin slow and plan diaorang ni kejap ya kejap tidak. Hmm
Semalam sis ada bagitahu yang kerajaan umumkan untuk menaik taraf perkhidmatan semua pengguna Streamyx kepada Unifi menjelang tahun hadapan pada bulan Mac dengan PERCUMA dan pengguna yang di luar kawasan akan dinaik taraf sehingga 8Mbps.
Tapi sekarang ni ada berita yang tak best pula, Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mereka mengenai hal ini. Menurut TM, pengguna Streamyx yang berada diluar kawasan Unifi akan menerima kelajuan internet dengan digandakan, bukannya dapat kelajuan 8 Mbps. So, siapa yang guna kelajuan 1 Mbps, akan naik ke 2 Mbps dan seterusnya sehingga 8 Mbps.
Selain itu, pengguna di luar kawasan juga ditawarkan dengan pilihan akses 4G LTE. Tapi hal ini belum diberitahu sendiri oleh syarikat Telekom Malaysia (TM). Pada masa yang sama juga, kenyataan TM masih tidak ada lagi berkaitan dengan harga untuk pakej Streamyx.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.