Last Updated on 15 Apr 2024
Perkhidmatan Atas-Talian Akan Dikenakan Cukai Perkhidmatan Menjelang Tahun 2019
Sebentar tadi, Kementerian Malaysia telah membentangkan Belanjawan 2019 di parlimen, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng mengatakan bahawa perkhidmatan atas-talian yang diimport akan dikenakan cukai bermula pada 1 Januari 2019.
Keputusan yang dibuat itu adalah untuk memastikan supaya penyedia perkhidmatan tempatan seperti teknologi maklumat dan reka bentuk grafik mendapat persaingan yang adil, katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, sebentar tadi.
Beliau juga memberitahu bahawa penyelia perkhidmatan asing perlu berdaftar dengan Kastam di Raja Malaysia. Buat masa ini, nilai cukai perkhidmatan yang akan dikenakan masih tidak diumumkan, dan masih berada di dalam fasa perbincangan.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dalam sesebuah kerajaan terutamanya di Malaysia yang dipimpin dibawah pimpinan Pakatan Harapan. Mereka telahpun mempertimbangkan dengan memperkenalkan cukai ini untuk perkhidmatan tersebut dari sebelum ini.
Contoh perkhidmatan atas talian termasuklah perisian, muzik, permainan video dan sebarang yang berdigital. Hah!
*Ala, lepasni iFlix semua pun kenalah? hmmmm