Junichi Masuda telah bekerja pada setiap permainan Pokemon utama hingga kini, tetapi Pokemon: Let's Go, Pikachu dan Eevee! mungkin akan menjadi RPG Pokemon yang terakhir yang akan diketengahkannya.
Masuda memberitahu berita ini semasa temu bualnya untuk website rasmi Pokemon. Dalam temu bual tersebut, Masuda berkongsi tentang bagaimana dia menikmati pengalaman bekerja untuk Pokemon game untuk Nintendo Switch. Dia suka bekerja dengan Nintendo Swith kerana banyak teknologinya yang membantu dia untuk melancarkan game ini. Contohnya, mencipta Poke Ball Plus dan bekerja dengan Bluetooth untuk sambungkan dengan Pokemon Go adalah sesuatu yang menarik sehingga dia berpeluang bekerja sebagai pengarah kali ini.
Masuda yang bekerja dengan memulakan siri ini sebagai komposer untuk Pokemon game yang pertama, Pokemon Red dan Blue 1998, sebelum dia memegang peranan sebagai pengarah untuk Pokemon Gold dan Silver 2000.
https://www.youtube.com/watch?v=9jRtpMKLstsSemasa IGN menemuramah dengan Masuda mengenai Pokemon Let's Go, dia memberitahu bahawa dia mahu anak-anak hari ini merasai sesuatu pengalaman seperti anak-anak pada 20 tahun yang lalu.
Nintendo akan lepaskan Pokemon Let's Go di Switch pada 16 November yang mempunyai beberapa features baru. Tunggu!
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.