Para pemain yang menghabiskan wang untuk Nvidia RTX GPU baru yang telah lama menunggu "ray tracing" yang akan hadir dalam permainan, dan hari ini "ray tracing" itu boleh didapati di Battlefield 5. Kalau korang ada kad RTX dan sistem yang memenuhi keperluan minimum, korang kini boleh mengalami refleksi ray tracing dalam Battlefield, boleh diakses menerusi tetapan Advanced Graphic permainan.
Korang boleh tengok bawah ni apa yang diperlukan untuk dapatkan ray tracing dalam Battlefield;
- Patch baru untuk Battlefield, hanya update melalui yang asal.
- Nvidia driver baru, versi 416.94
- Update Windows 10 ke versi 1809 (hanya buat Windows update sahaja)
- RTX 2070, RTX 2080 dan RTX 2080 Ti
Semua ini diandaikan sekiranya PC korang memenuhi keperluan minimum untuk permianan ini juga. Nvidia telah menyediakan carta yang berguna bagi mereka yang mahukan 60fps dengan refleksi ray tracing tapi malangnya 4k tidak tersenarai dalam menu tersebut.
Penting untuk ketahui dan diperhatikan yang ray tracing ini hanya boleh digunakan untuk permukaan relfleksi tertentu, bukan untuk entire scene. Ia seperti Dice yang bermula dengan penerapan teknologi yang sangat mudah pada awalnya, dan dalam permaianan pula, korang boleh tukar-tukar level reflection quality.
Oh, korang pun boleh main Battlefield 5 ini dengan ray tracing yang sudah disediakan di Gamescom, tapi dekat Gamescom tu hanya disediakan untuk resolusi 1920 x 1080. Sementara itu, korang boleh tengok video dibawah ini dan sis akan update lagi mengenai ray tracing ini okay.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.