Last Updated on 15 Apr 2024
Ring Of Elysium Game: Ceroboh Data Pemain?
Ramai pengguna Steam mendakwa bahawa game Ring of Elysium mencuri data pengguna walaupun dah install Malware di komputer. Betul ke?
Mengikuti post status di akaun Ring of Elysium facebook page, mereka memberitahu mengenai isu data pemain dan privacy security untuk game ini. Dalam post tersebut, mereka menjanjikan yang data setiap pemain Ring of Elysium dijaga dan dilindungi setiap saat. Mereka sendiri tidak akan pernah mencerobohi privasi pemain secara haram.
Seterusnya, mereka juga memberitahu kepada setiap pemain untuk berjaga-jaga dan tidak mempercayai sebarang maklumat daripada platform yang tidak rasmi untuk mengelakkan isu penipuan. Hak undang-undang akan diambil sekiranya ada orang yang menyebarkan khabar angin dengan tujuan untuk menjatuhkan ruputasi Tencent Games dan brand Ring of Elysium.
https://www.facebook.com/notes/ring-of-elysium/announcement-on-user-data-and-privacy-security-of-ring-of-elysium/2158206897547623/?__tn__=-R
Banyak aduan daripada pengguna Steam yang mana game ini mempunyai root folder yang menyimpan keylog dan kumpul maklumat untuk dihantar ke server China. Walau bagaimanapun, kebanyakkannya customer feedback adalah positif. Tencent juga telah menjanjikan yang battle royale game Ring of Elysium ini akan dijaga segala data pemain dan ambil tindakan undang-undang sekiranya ada penipuan.
Jadi, korang yang dah terkena juga, sis harap korang lebih berhati-hati lepas ni ya.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.