Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Saham Nvidia Turun Mendadak Disebabkan Isu RTX Yang Berleluasa??

Saham NVIDIA turun 30% dalam penurunan paling teruk selama lebih 10 tahun. Nvidia kehilangan market cap sebesar $23 billion dalam masa 24 jam sahaja pada Jumaat lepas. Sebelum itu, saham Nvidia meningkat pada 1 Oktober dengan sebanyak $289.36 dan sekarang ia menurun dengan mendadak yang menjadi kepada $144.70. 

Kenapa menurun? Terdapat banyak sebab, ada yang mendakwa ia disebabkan munculnya gelembung perlombongan cryptocurrency, tapi sebenarnya kelihatan disebabkan oleh pelbagai isu dengan siri Turing-GeForce RTX yang baru dilancarkan. Saham Nvidia menurun sejak syarikat itu mencatat laporan pendapatan Q3 2018 yang dilihat syarikat kehilangan anggaran pendapatan.

Saham Nvidia terus menurun dan kini menjadi penurunan paling teruk dalam masa 24 jam sahaja dalam tempoh 10 tahun! Kali terakhir penurunan ini berlaku pada Julai 2008 apabila saham NVIDIA turun 30% berbanding ramalan jualan yang mengecewakan. Jensen Huang, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas NVIDIA memberitahu MarketWatch dalam temu bual pada hari Khamis petang lalu bahawa ini adalah disebabkan "crypto hangover".

Rata-rata yang mengatakan semua ini kerana isu kad grafik siri GeForce GTX 10 dan harga yang mahal. Bukan itu saja, terdapat banyak masalah dengan kad berasaskan Turing baru dan ciri RTX dalam permainan hampir tiada. Manakala, permainan RTX seperti Battlefield V diganggu dengan isu-isu dan prestasi hebat.

Hmm. Apa la agaknya Nvidia nak buat lepas ni kan? Syarikat pun tak capai lagi tahap yang mereka target. Banyak isu dengan RTX dan siapa yang membelinya mesti kecewa. Betul ke?



Sumber: Tweaktown, Marketwatch


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Written by RT Admin
in News