Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Saintis Terkejut Mengetahui Video Games Tidak Menyebabkan Keganasan


Kalau game ganas, yang main tu pun sama gak la. Itulah perkara biasa orang selalu fikirkan. Saintis daripada Oxford University pun meramalkan sebegitu semasa mengendalikan studynya. Namun hasil daripada study tersebut membuktikan mereka salah.

Associate professor Andrew K Przybylski dari Oxford University dan senior lecturer Netta Weinstein dari Cardiff University mencipta satu hipotesis. "Game play ganas kebelakangan semestinya berkait dengan tingkah laku agresif pemain." Hasil daripadanya tidak selaras dengan apa yang diramalkan. Tambahan pula tiada bukti yang dijumpai tentang bermain game menyebabkan keganasan. Saintis mendapati peserta, 50% lelaki dan 50% perempuan dalam kalangan umur 14-15, "sederhana terlibat dengan game-game ganas", menghabiskan dalam purata dua jam bermainnya pada hari yang normal.

Dengan menggunakan model linear regression, data yang diwakili oleh trait-level aggression, jantina dan masa digunakan untuk bermain, tetapi hasilnya tidak dijangkakan oleh para saintis. Ia "tidak menyokong dengan apa yang kami ramalkan iaitu terdapat kaitan yang penting antara game ganas dengan tingkahlaku ganas budak remaja." Ujian selanjutnya membawa conclusion yang sama. Mereka juga telah membandingkan hasil mereka dengan research lain yang berkaitan, dijumpai bahawa "kesan yang diperhatikan berkaitan dengan gaming ganas ke tingkahlaku keganasan tidak mempunyai apa-apa significant."

Ujian tingkahlaku prosocial juga telah dikendalikan untuk melihat jika video game ganas menjejaskan pandangan pemain terhadap kebaikan kanak-kanak. Sekali lagi, tiada apa-apa yang significant dijumpai. Walaupun sudah terbukti secara saintifik video game tidak menyebabkan keganasan, mereka tidak menjaminkan orang awam akan menerima research ini. "Walaupun sudah membuat kajian tentang topik, sejarah memberitahu kita sebab kita masih mengesyaki konsep video game ganas menuju ke tingkahlaku keganasan akan teruskan tidak terjawab dalam kalangan ibubapa dah ahli politik."


Written by RT Admin
in News