Developer game Scum telah mengongsikan plan-plan mereka untuk menambahbaik gameplay. Dalam masa tiga bulan, mereka akan menambah fizik kenderaan yang baru, binaan bangunan, sistem inventori yang sangat berbeza dan menambahpulih sistem masakan dan metabolisme.
"Buat masa sekarang, mekanik kenderaan dalam game masih sangat asas, tetapi kami akan cuba untuk menghala ke arah realisme. Contohnya, pusat graviti kereta akan bertukar berdasarkan jumlah orang menaikinya," kata-kata daripada update. Sistem kerosakan kenderaan juga akan ditukar, "maksudnya kereta akan dikesan secara berbeza berdasarkan jika tayar atau enjin telah ditembak."
Kereta boleh di claim, kunci, lockpicked, hotwired, dan diisi minyak. Kereta yang rosak (of course akan berlaku) boleh dibaiki. Player juga akan diberi skill "driving," yang memebri impak dalam kemahiran untuk memandu. Kalau ttunggu lama sikit, nanti akan boleh mula menembak daripada dalam kenderaan. Namun, itu akan memakan masa yang lama sedikit. Pasal base building (pembinaan bangunan) pula, mula-mula akan ada perkara asas sahaja terdahulu. Player akan diberi kemahiran untuk bina rumah daripada blueprint, seperti mana boleh membuat shelter. Developer juga akan membuat bangunan 'urban' seperti lombong, hospital mental, istana, obervatori (bangunan yang ada teropong besar), dan juga sebuah bandar.
Sistem inventori juga akan diberi update secara visual dan mekanikal. Kereta dan kotak barangan juga akan mendapat menu tersendiri. Skill dan senjata baru juga on-the-way. Dan matlamat pertama diorang adalah tutorial yang proper dan sistem achievement.
Game Scum ini dikira indie game tetapi hasil yang mereka ingin capai adalah sangat ambitious. Kebanyakan indie company sekarang, seperti juga PUBG, berjaya mendapat keuntungan disebabkan gameplay yang fun dan team-based. Scum ni pulak genre dia agak niche. Kalau korang suka game yang banyak giler character customization, base building, menjadi pelarian penjara, game ni adalah khas untuk korang. Tapi masih dalam Early Access. So sapa yang beli awal dapat membantu diorang during development. Kalau taknak, tunggu je la release tahun ni.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.