Ingat lagi tak tentang usaha seorang pemain untuk menjadi watak paling gemuk di Scum? Ia menguji batasan permainan simulationist survival tanpa mati. Kini, berat dia sudah mencecah 400 kg.
Bercakap kepada PC Gamer di PAX Australia, pengasas bersama Devolver Digital, Graeme Struthers menjelaskan bahawa pencipta Scum menyedari akan usaha heroik ini. "Ada seorang lelaki di Reddit yang telah menarik banyak perhatian kerana dia cuba untuk mencari cara yang paling berkesan untuk menambahkan berat," kata Struthers. "Implikasi daripada itu akan menyebabkan serangan jantung dalam kehidupan sebenar manusia. Perkara-perkara semacam itu akan mula dimasukkan, jadi itu mungkin akan berakhir dengan makan lemak zombie."
Pada masa ini, mungkin watak-watak di Scum untuk mati adalah akibat hiportermia atau overexertion, tetapi serangan jantung akibat daripada makan berlebihan mugkin akan menjadi salah satu penyebab baru. "Ini tidak bermakna akan berakhir" kata Struthers. Beliau juga mengatakan, pemain tersebut mungkin kena berdiet dan sekiranya dia ada masalah jantung, dia mungkin akan mencari peluang Reddit lain, Tapi macam mana nak turunkan berat badan? Apa yang patut dia buat?: Scum Diet dan Latihan Rejimen.
Bukan ciri 'serangan jantung' saja yang akan dikeluarkan, tetapi akan ada beberapa kenderaan yang dikeluarkan untuk update yang seterusnya seperti SUV dan traktor.