Baru-baru ini, terdapat banyak syarikat memperkenalkan cip processor terbaru termasuklah Huawei Kirin 980 dan Exynos daripada Samsung. Tidak ketinggalan, Qualcomm juga telah bersedia untuk melancarkan cip pemprosesan baru iaitu Snapdragon 8150 (SD 855) pada awal bulan hadapan, dijangkakan pada 4 Disember 2018.
https://twitter.com/UniverseIce/status/1065237966774132736
Walau bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang baru bagi syarikat itu kerana Qualcomm juga telah melancarkan chipset Snapdragon 845 sama pada bulan Disember yang lalu. Bagi processor baru kali ini, ia dibina pada proses 7nm yang memaparkan satu core besar yang dipasangkan dengan tiga cores besar lain dan empat architectures core kecil yang di-translate kepada satu 2.84GHz bersama-sama dengan tiga 2.4GHz dan empat daripada frekuensi 1.78GHz. Adreno 640 GPU baru dijangka 20% lebih tinggi daripada GPU Adreno 630 yang dulu.
Sebenarnya Snapdragon 8150 ini adalah chipset yang telah di upgrade dan menggantikan Snapdragon 845 yang dulu, identiti yang sedikit berbeza dan juga dikenali sebagai SD 855.
Jika benar ia akan dikeluarkan, mungkin next year kita dapat melihat hardware yang menggunakan SD 855 ini.
Sumber: WCCFTECH
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.