Ryzen AMD 3000 Series dikhabarkan akan datang tak lama lagi. Mungkin, ia datang dengan Ryzen 9 Series yang paling popular dan menawarkan sehingga 16 cores dan 32 threads. Wuish!
Merujuk pada bulan lalu, berita yang sis dengar mengenai ZEN2 pada 7nm di platform Epyc dengan design chipsetnya dan ia juga akan digunakan untuk Ryzen 3000. Bukan itu je, ada lagi rumor Ryzen 9 3850X dijangkakan mempunyai boost clock pada 5.1 GHz. Kalau ini adalah benar, AMD pasti akan mengalahkan Intel kerana sejak dulu AMD memegang clock speeds. Of course, Ryzen 9 3850X mempunyai TDP 135W yang hadir dengan clock besar dan penggunaan kuasanya juga besar.
Menurut rumor lagi, Ryzen 3 yang paling low akan memainkan 6 cores dan 12 threads. Ryzen 5 3000 Series akan menggantikan generasi sebelum ini iaitu Ryzen 7 processor dan menawarkan 8 cores dan 16 threads, untuk generasi Ryzen 7 yang baru pula menawarkan 12 cores dan 24 threads. Bagusnya di sini adalah kebanyakkan CPU baru akan ditampilkan oleh pengeluar di CES 2019 akan datang.
Salah satu cara AMD untuk improve performance adalah meningkatkan core count. Tapi boleh ke? Then dengan high clocks macam tu? Ahaa.. apa akan jadi nanti? Kita tunggu je lah berita baru dari AMD.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.